![]() |
| klik banner untuk join =) |
selamat hari jadi =)
macam mana jumpa blog ni? bila baca dekat blog farhana jafri =)
Setiap hidupan itu indah dan Setiap hidup ada kisah
![]() |
| klik banner untuk join =) |

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Jiran, memang banyak dah saya post pasal jiran dalam blog saya ini.
Cuma saya ingin minta pandangan daripada kawan blogger lain tentang masalah jiran yang saya hadapi ni.
Anak jiran yang masih bersekolah rendah, sehingga larut malam pun masih merayau dan membuat bising.
Terganggu rasanya..
Bukan apa,saya ni baru sahaja nak baik,urat badan bengkak,lepas tu kena tolak motor pula...
Jadinya bila malam nak berehatlah.. tapi anak jiran pula bising,main basikal,main kejar-kejar...
Jika siang atau petang hari saya tak kisahlah...ini dah malam.
Jika ditegur,mak ayah mereka akan memgamuk pula...
Saya dah lah badan tak sihat,yang hadiah top up untuk pemenang blog pun saya belum settle kan,sebab penat dan sakit sangat badan saya ni. Anak jiran pula bising bermain...
Allah..
Mohon pandangan daripada kawan blogger yang lain cara untuk mengatasi masalah ni.
Tolong ya...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Entahlah dah berapa kali tayar motor ni pancit.
Nak tukar tubeless tak mampu lagi.
Masuk kali ni entahlah dah berapa kali tayar ni bocor.
Bocor saja kerjanya...
Kena paku,tercucuk jarum,terlanggar lubang, macam-macam lagilah...
Lemah betul tengoknya...
Entah dah berapa kali sorong motor dekat jalan.
Penat aih ..
Kerja pula tak tetap pendapatan,kena ada masanya tak ada duit dalam dompet pun pernah...
Allah...
Permudahkanlah urusan hambamu ini.
Entah berapa banyak modal dah keluar betul tayar ni.
Entahlah...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Mohon doa kalian supaya saya lekas sembuh.
Baru sahaja selesai mengurut dengan seorang tukang urut di Melaka.
Urat dah bersimpul,sudah lama penyakit ini dihidapi, daripada zaman sekolah menengah lagi.
Puncanya bila saya jatuh motorsikal dahulu,semenjak jatuh tu urat dah bersimpul, tapi masa baru-baru jatuh motorsikal dahulu tak teruk sangat.
Jadi saya biar sahajalah...
Semakin meningkat usia,semakin sakit pula sebab urat dalam perut semakin bersimpul.
Angin dah banyak terkumpul.
Pesan tukang urut tadi,kalau jatuh motor ke apa ke terus cari tukang urut untuk urut satu badan bagi mengelakkan urat bengkak atau biasanya disebut bentan urat.
Mohon doa kalian ya.
Buat masa ni saya kena jaga pemakanan,perut tak boleh kosong,nanti takut angin lagi banyak masuk.
Sakit betul kalau angin dah terlalu banyak dalam badan,urat makin bengkak.
Jika dibiarkan lama lagi kata tukang urut tu mungkin akan ada kesan yang lebih serius.
Sekarang ni baru lepas urut,badan tak boleh nak aktif sangat,kena berehat dahulu.
Saya mohon sekali lagi kepada semua yang membaca atau terbaca blog saya ini,doakan semoga saya cepat sembuh ya.
insya-Allah...amin.
![]() |
| Contest Isi Kotak Dialog Asif&Tar |