Thursday, December 16, 2010

Doa Penerang Hati

Assalamualaikum w.b.t
Sekadar perkongsian bersama-sama...
Marilah kita bersama-sama mengamalkan doa ini untuk penerang hati...
Elok dibaca sebelum belajar...







Makna:



Ya Allah, bukakanlah ke atas kami hikmatMu
dan limpahilah ke atas kami khazanah rahmatMu,
Wahai Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah kefahamanku.
Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku





p/s-Saya sendiri selalu terlupa nak baca doa ni sebelum belajar... :P nampaknya lepas ni kena cari doa kuat ingatan pulak..hahaha

Wednesday, December 15, 2010

Sifat orang yang lahir bulan Oktober

Assalamualaikum w.b.t
Ini merupakan hasil kajian secara saintifik yang dilakukan oleh Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah...tidak ada kena-mengena dengan tilikan atau unsur-unsur syirik yang bertentangan dengan akidah Islam...
Mengapa bulan Oktober??sebab saya dilahirkan pada bulan Oktober :P
Semoga terhibur...

Sifat orang yang lahir pada bulan Oktober biasanya:


1: Suka berbual.
2: Suka orang yang sayang padanya.
3: Suka ambil jln tengah.
4: Sangat menawan & sopan santun.
5: Kecantikan luar & dalam.
6: Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
7: Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
8: Sentiasa berkawan.
9: Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
10: Cepat marah.
11: Macam pentingkan diri sendiri.
12: Tidak menolong orang kecuali diminta.
13: Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
14: Tidak suka terima pandangan orang lain.
15: Emosi yang mudah terusik.
16: Suka berangan & pandai bercakap.

Kajian Oleh:Dato Dr Haji Fadzilah Kamsah

Tuesday, December 14, 2010

Laptop yang unik

Assalamualaikum w.b.t

Sekiranya post yang lepas memaparkan pendrive yang unik,kali ini saya akan memaparkan laptop-laptop yang unik pula.
Semoga terhibur...

1)Laptop+mesin taip

Gabungan yang menarik apabila teknologi lama digabungkan dengan yang baru...
telah dibuat oleh Mary Robinette Kowal. Dia telah mengubah suai laptop-nya untuk membuat  kelihatan seperti satu  mesin taip kuno.


2)Laptop "Girly"

Laptop yang dibuat khusus untuk perempuan.Rekaan laptop ini dibuat oleh Nikita Buyanov.Berwarna merah jambu dan menyerlahkan sifat "femininnya"...


3)Laptop+Ps3
Gabungan yang sungguh gempak dan menarik...sudah pastinya laptop ini  akan menjadi kegilaan kaki games...

 4)Laptop khas untuk senaman (Hp Fitness)
Laptop ini adalah untuk tujuan mengawal berat badan.Boleh digunakan untuk sukan seperti  berlari atau melangkah.

 5)Laptop untuk pencinta alam sekitar(Hp eco)
laptop yang dibuat untuk orang-orang ekologi,mempunyai muatan sel suria, bar-code reader untuk produk makanan  dan sebagainya.

Monday, December 13, 2010

Pendrive yang unik dan pelik

Assalamualaikum w.b.t
Jom layan gambar-gambar pendrive yang unik ini,tapi rasanya pendrive ini tidak dijual di Malaysia,kalau ada beritahulah saya yer? :)

  1)Pendrive Iduck

Kita memulakan dengan USB drive bentuk haiwan, dan itu adalah iduck dari syarikat Jepun Solid Alliance.Disediakan dalam enam warna yang berbeza dan akan menyala ketika dipasang masuk.



 2)Pendrive Mikan Seiji


Ok,pendrive ini disebut Mikan Seijin dan jika diterjemahkan membawa maksud 'Mandarin Alien' - sebuah acara TV popular Jepun sejak tahun 1994. 




 3)Pendrive ibujari



Sangat realistik, sehingga anda mungkin boleh menggunakannya untuk mengenakan rakan-rakan anda.






  4)Pendrive Barbie

Kini anak patung bukan sahaja untuk permainan kanak-kanak malah boleh digunakan untuk menyimpan maklumat di komputer anda.Anda harus cabut kepalanya dahulu sebelum digunakan..sedikit ganas dan menyeramkan kan?heh...




 5)Pendrive lighter
Satu lagi pendrive yang unik,berbentuk lighter...bukan sahaja lighter digunakan untuk menyalakan rokok(amaran dari kerajaan malaysia:merokok membahayakan kesihatan)tapi kini boleh digunakan untuk memindah data komputer...tapi jika anda seorang pelajar sekolah jangan bawa ini ke sekolah nanti sia-sia kena tampar dengan cikgu displin anda...hahaha


Lain-lain Pendrive yang unik-






Sunday, December 12, 2010

Lawak suka-suka

Assalamualaikum w.b.t
Sekadar mengisi masa lapang anda dan saya,
Harap terhibur....


dicipta oleh:Tarmizi :)

Saturday, December 11, 2010

Tonton Tv1 dan Tv2 di Internet

Assalamualaikum w.b.t

Sedikit perkongsian mengenai cara menonton tv1 dan tv2 di internet.Sebenarnya terdapat banyak cara lagi untuk menonton tv di internet contohnya yang terbaru ialah laman web tonton.com.my,tapi cara yang saya kongsikan ni ialah cara lama yang mudah untuk menonton tv 1 dan tv 2,dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran...

Caranya-

*Sila gunakan Internet Explorer(IE) untuk langkah-langkah ini

  1. Pergi ke google
  2. Taip tv3.co.cc
  3. Pergi ke laman web tersebut
  4. Install missing plugin
  5. Klik tv online,pilih channel tv1 atau tv2(kelajuan menonton tv ni bergantung kepada internet connection anda)
  6. Selesai...


Friday, December 10, 2010

Beli handset baru

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini pergi ke kedai handset untuk membeli handset setelah handset lama hilang,pergi bersama-sama dengan kawan iaitu Aiman dan Boy.Setelah berfikir sejenak,so ambil keputusan untuk membeli handset jenis lama yang murah jer...jimat kos sikit :P

Jadi pilihan di hati ialah handset Nokia 1280 dengan harga cuma rm 84.00 sahaja...,
Nilah gambar handset tersebut.....



Dalam perjalanan balik singgah kejap makan cendol ...sedap betul cendol ni harga baru rm 1.00 semangkuk...

Jadi terima kasih kepada Aiman dengan Boy sebab sudi teman saya membeli handset,terima kasih banyak-banyak :)