- Memuji Allah SWT.
- Selawat Ke Atas Nabi SAW.
- Wasiat Taqwa.
- Membaca Satu Ayat Al-Quran.
- Doa Kepada Orang Beriman Dalam Khutbah Kedua.
Monday, April 22, 2024
5 Rukun Khutbah Jumaat
Tuesday, April 16, 2024
Hari Raya Aidilfitri 1445 Hijrah
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
Pertamanya, saya nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua yang beragama Islam.
Sebenarnya masa nak tunggu pengumuman raya,saya harap raya jatuh pada hari Khamis, sebab saya nak terawih lagi, tapi tak apalah, raya jatuh hari Rabu, maka raikan sahajalah...malam tu alhamdulillah saya dapat ikut takbir raya di masjid.
Tak ada apa pun raya bagi saya, pergi rumah mak saudara,pak saudara, itupun sebab along saya balik raya tahun ni...ikut dia sajalah..kalau dia tak ada memang saya tak pergi...sebab biasa saya akan pergi dengan arwah bang ngah...ni dia dah tak ada....tak akan saya nak pergi beraya seorang pula kan..
Sebenarnya, saya terkilan sedikit,masa bulan ramadan haritu sekali pun saya tak sempat ziarah kubur arwah bapa dan abang ngah..selalunya memang saya akan pergi kubur masa bulan puasa...saya tak pergi masa hari raya sebab selalunya kubur penuh dengan waris keluarga yang datang melawat kubur ahli keluarga mereka...
Rasanya daripada dulu, sambutan raya saya biasa sahaja...baju raya pakai yang lama, malas nak beli..cuma tahun ni ada kawan emak saya bagi baju Melayu,kira saya ada juga baju Melayu baru..
Hari raya pertama, pergi sembahyang raya, lepas tu balik rumah, ikut along ziarah rumah saudara-mara..itu sahajalah...
Di kesempatan ini saya nak mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang membaca atau terbaca blog saya ini..
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...
Insya-Allah...
amin.
Wednesday, April 3, 2024
Thursday, March 7, 2024
Daftar PADU
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua...
Lama tak update atau menulis di blog ini, sampai sedar tak sedar dah nak masuk bulan Ramadan..tinggal lagi tak sampai seminggu nak masuk bulan ramadan bagi tahun 1445 Hijrah ni.
Baru-baru ini baru selesai daftar PADU, ikutkan sebenarnya tak berapa minat nak daftar, sebab dengar macam-macam pendapat,pandangan tentang sistem PADU ni..yang paling membimbangkan bila dengar boleh berlaku kes kecurian data bila daftar PADU ni....tak tahulah...macam-macam pendapat.
Tetapi saya daftar juga, sebab dengarnya kalau tak daftar PADU ni, susah untuk mendapat bantuan daripada kerajaan...selain itu,difahamkan juga sistem ini dilakukan supaya pemberian subsidi lebih tepat dan bersasar.
Entahlah, saya daftar sahaja. Mulanya saya buat sendiri, tetapi tak lepas dekat bahagian muka tu. Jadi lama saya buat tak tahu pasal PADU ni, hinggalah dalam beberapa hari lepas saya pergi ke UTC Melaka untuk buat pendaftaran.
Senang sahaja prosesnya, saya hanya perlu bawa kad pengenalan dan staff di UTC itu akan tolong daftarkan. Jawab soalan daripada staff tu macam pekerjaan terkini,pendapatan sebulan, bilangan orang tanggungan, dan beberapa hal lagi..
Selepas selesai semua itu,proses pendaftaran PADU pun selesai. Cepat dan mudah sahaja...
Jadi sekiranya ada sesiapa nak daftar PADU,khususnya di Melaka,bolehlah pergi ke UTC Melaka,tingkat 3 untuk urusan pendaftan.Sebelum pergi itu,boleh layari facebook UTC Melaka bagi melihat tarikh dan hari pendaftaran kaunter PADU dibuka dan dilaksanakan...tak silap tarikh akhir pendaftaran sistem ini pada 31 Mac ini.
Moga ada manfaatnya post kali ini.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua...
Insya-Allah...
Amin.
Wednesday, February 21, 2024
Dosa Rampas Tanah Orang Lain & Doa Bala Khusus Kepada Penzalim.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
Thursday, February 1, 2024
Pesan Buat Anak-Anak
Pesan Buat Anak-Anak
Wahai anak-anak!
Ingatlah pesanan Nabi Ibrahim AS kepada anaknya agar terus kukuh dalam agama Islam serta mati di dalam agama ini.
وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبۡرَٰهِۧمُ بَنِيهِ وَيَعۡقُوبُ يَٰبَنِيَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصۡطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسۡلِمُونَ ١٣٢
“Dan Ibrahim telah mewasiatkan dengan agama itu kepada anak-anaknya, demikian juga Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam”. (Surah Al-Baqarah ayat: 132)
Wahai anak-anak!
Ingatlah pesanan Nabi Yaakub AS kepada anaknya agar menyembah Allah SWT dan patuh kepadaNya sahaja.
أَمۡ كُنتُمۡ شُهَدَآءَ إِذۡ حَضَرَ يَعۡقُوبَ ٱلۡمَوۡتُ إِذۡ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعۡبُدُونَ مِنۢ بَعۡدِيۖ قَالُواْ نَعۡبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ ءَابَآئِكَ إِبۡرَٰهِۧمَ وَإِسۡمَٰعِيلَ وَإِسۡحَٰقَ إِلَٰهٗا وَٰحِدٗا وَنَحۡنُ لَهُۥ مُسۡلِمُونَ ١٣٣
“Adakah kamu hadir ketika Yaakub kedatangan (tanda-tanda) maut, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apa yang kamu sembah sepeninggalku?” Mereka menjawab: “Kami akan menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, (iaitu) Tuhan Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepada-Nya”. (Surah Al-Baqarah ayat: 133).
Wahai anak-anak!
Ingatlah pesanan Nabi Muhammad SAW kepada anak-anak dan ahli keluarganya yang lain agar mendirikan solat.
وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَا
“Dan perintahkanlah (wahai Muhammad) kepada ahli keluargamu supaya menunaikan solat, dan hendaklah kamu bersabar atasnya (atas urusan ini). (Surah Taha ayat: 132)
Menurut al-Imam al-Qurtubi, setelah turunnya ayat ini, Rasulullah SAW akan singgah pada setiap pagi di rumah anaknya Saidatina Fatimah dan Saidina Ali, menyeru mereka supaya menunaikan solat. Lihatlah walaupun anak tersebut telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai suami, Rasulullah SAW masih mengingatkan anaknya supaya menunaikan solat. (al-Qurtubi, al-Jami Li Ahkam al-Quran, al-Qahirah, 1964, 11/263).
sumber: Masjid Al-Hilal,Melaka