Saturday, June 21, 2025

Biskut Mawar Ros

 


Apa yang lagi baik daripada Biskut Mawar Ros ini? Sedap lagi berkhasiat, yang penting bahannya tidak banyak dan tidak rumit. Jom bersama cuba resipi ini!

𝐁𝐚𝐡𝐚𝐧-𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧:

• 1 cawan gula aising 

• 150g 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐜𝐮𝐩 𝐒𝐚𝐥𝐭𝐞𝐝 

• 1 biji telur 

• 1 sudu teh red rose sirap 

• 2 cawan tepung gandum 

• 1 sudu teh baking powder 

• 2 sudu besar susu 

• 1-2 titik perwana makanan merah 

𝐏𝐞𝐫𝐚𝐥𝐚𝐭𝐚𝐧:

1. Mesin pemukul 

2. Bag plastic piping 

3. 1M tip bintang 

4. Loyang 

5. Kertas minyak 

𝐂𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭:

1. Sediakan loyang bersama kertas minyak 

2. Dalam mangkuk besar, pukul 𝐁𝐮𝐭𝐭𝐞𝐫𝐜𝐮𝐩 dan gula aising sehingga sebati dah lembut warnanya 

3. Tambahkan telur, sirap ros, susu dan pewarna dan pukul hingga sebati 4. Campurkan semua bahan kering dan gaul hingga sebati, akan jadi doh yang lembut 

5. Masuk kan doh dalam beg piping bermuncung top 1M 

6. Pipe kan doh atas loyang yang disediakan tadi sebesar 1.5 inci 

7. Masukkan loyang ke dalam peti sejuk, set kan doh selama 20 min 

8. Panaskan ketuhar 180’C. Bakar biskut di dalam loyang, dari peti ais terus ke ketuhar selama 14-20 minit 

9. Hujung biskut akan berwarna perang. Biarkan biskut suam suam di atas loyang selama 10 minit 

10. Pindahkan biskut dari loyang ke atas rak atau pinggan supaya sejuk dan agihkan ke dalam balang. Boleh disimpan 2-4 minggu


sumber: https://www.facebook.com/ButtercupMalaysia/posts/3495217723825904/?_rdr 

Saturday, June 14, 2025

Tarian Dabus

 Tarian Dabus adalah tarian pahlawan tradisional dari negeri Perak. Ia dipersembahkan oleh sekumpulan lelaki, biasanya lapan hingga dua belas orang, yang menari sambil diiringi muzik rebana. Tarian ini mempunyai kaitan dengan sejarah kepahlawanan dan dipercayai telah diperkenalkan ke Perak lebih 300 tahun yang lalu. 




Friday, June 13, 2025

Senarai aplikasi yang berguna

 Pendakwah Teknologi 

Saya terjumpa maklumat ni di media sosial, mungkin berguna untuk anda.
1. Grammarly.com (writing assistant)
2. reccloud.com/audio… (audio to text)
3. Notion.ai (smart notes)
4. Merlin.foyer.work (Chrome helper)
5. Quillbot.com (paraphraser)
6. Taskade.com (AI workflows)
7. Superhuman.com (email wizard)
8. Rewind.ai (computer memory)
9. ElevenLabs.io (voice synthesis)
10. Mem.ai (smart knowledge base)
11. Genei.io (research summarizer)
12. Jenni.ai (academic writer)
13. Wordfixerbot.com (tone changer)




Sunday, June 8, 2025

Hari Tasyrik

 

sumber: google images

Sunday, June 1, 2025

Biskut Milo Crackers

 Bahan-bahan:

1 pek biskut Marie

1/2 cawan susu pekat manis

1/2 cawan milo



Cara-cara:

  1. Hancurkan biskut Marie sampai jadi seperti serbuk roti.
  2. Masukkan susu dan milo sedikit demi sedikit sampai sebati.
  3. Gaul dan bentukkan adunan ikut cita rasa masing-masing.
  4. Masuk dalam peti sejuk selama setengah jam.

SIAP!


sumber: https://lobakmerah.com/tak-perlu-banyak-dengan-3-bahan-je-korang-dah-boleh-buat-biskut-raya/

Friday, May 30, 2025

HO MOK PLA (IKAN KUKUS THAI)

 BAHAN A (KISAR HALUS)

Bwg putih - 3 ulas
Bwg merah - 5 ulas
Serai - 2 batang
Lengkuas - 1 inci
kunyit hidup - 1 inci
Air asam jawa - Secukup rasa
Cili padi - Secukup rasa

BAHAN B
Pati santan
Telur - dipukul
Daun limau purut - hiris nipis
Asam jawa - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Gula @ Gula melaka - secukup rasa
Sos ikan - secukup rasa
Telur - 2 biji
Ikan (apa² jenis ikan) - dipotong filet kecil² @ diambil daging & diblender halus

BAHAN C
Daun pisang - dipotong & dibersihkan
Kubis - kukus kemudian hiris 

CARA MEMASAK
1. Masukkan semua bahan kisar A dalam satu mangkuk. Campurkan bahan B. Biarkan seketika

2. Sediakan daun pisang dibentuk spt untuk buat kuih tepung pelita @ apa² bentuk spt perahu dll. jika malas blh letakkan daun pisang dlm mangkuk

3. Susun kubis yg tlh dihiris nipis tadi di atas daun pisang.

4. Kemudian masukkan ikan yg telah digaulkan dengan semua bahan. susun

5. Tuangkan kuah ke atasnya spt dlm gambarajah. 


6. Kukus 15 - 20 minit.

7. Apabila masak, blh sendukkan pati santan yg dikukus dgn sedikit garam & tepung utk likatkannya.

8. taburkan cili besar hiris @ daun limau purut hiris. sedia dihidangkan. sedap dimakan panas². 


Wednesday, May 28, 2025

SSD VS HDD

 


Tuesday, May 20, 2025

Resipi nasi rawon




 1. Rebus 1 liter air,setelah mendidih masukan potongan daging,rebus kembali hingga mendidih. keluarkan daging dan buang air rebusannya.


2.Kisar halus semua Bahan-bahan untuk membuat bahan kisar. panaskan minyak sayur masukan bahan kisar, daun salam,daun limau purut, dan serai,tumis hingga naik bau.


3.Siapkan periuk,masukan potongan daging,2,5 liter air,bahan kisar yang dah di tumis tadi,sebagian garam,gula pasir dan serbuk pati lembu. rebus hingga daging lembut. perisakan dengan baki garam,gula pasir dan serbuk pati lembu. Seimbangkan rasa. tutup api dan sedia untuk di hidang.


4.Cara hidang,masukan sup rawon kedalam mangkuk,tabur taugeh dan bawang goreng,makan bersama nasi putih dan telur masin. Selamat mencuba dan semoga berjaya 😘


SUMBER: https://cookpad.com/my/r/15205605