Sekarang tengah tular pasal video seorang pensyarah yang dikatakan menghina golongan b40.
Pensyarah tersebut kononnya menyindir seorang pelajar yang tak mampu membeli laptop dan mengeluarkan komen yang tak berapa enak untuk golongan b40.
Bila baca kes ni dekat Facebook,saya rasa bersyukur sebab masa saya belajar di Sarawak, pensyarah saya baik-baik dan mesra dengan pelajar.
Malah ada seorang dua pensyarah yang siap jemput saya dan kawan- kawan datang rumah untuk makan-makan.
Alhamdulillah...
Tetapi pasal kes hina atau menghina golongan orang susah atau miskin ni saya memang pernah lihat seorang pensyarah menghina tukang sapu.
Dia cakap dalam bahasa Inggeris,dan maksudnya lebih kurang supaya kita jangan jadi macam si tukang sapu ni.
Tersentak dan terdiam juga bila tengok pensyarah itu cakap macam tu.
Mungkin dia ingat tukang sapu tu tak faham.
Tapi nak dijadikan cerita,tukang sapu tu berbual dengan saya,masa tu saya tengah tunggu kawan.
Dia cakap dia faham yang pensyarah tu ejek dia. Dia faham sebab anak-anak dia semua menjadi. Maksudnya anak dia banyak yang kerja bagus. Jadi sedikit sebanyak dia faham kata-kata yang pensyarah tu cakap dekat dia.
Dia rasa kecil hati juga sebab kena hina pasal kerja tukang sapu...ikutkan sebenar dia dah tak payah kerja lagi..tapi dia dah biasa tak nak susahkan anak dia untuk minta duit. Jika anak nak bagi,dia ambil,jika tak,dia pun tak minta.
Saya hanya mampu diam saja. Nak beri komen apa saya pun tak tahu.
Lama dah peristiwa ni. Saya pun dah hampir 10 tahun tinggalkan dunia belajar di universiti.
Tapi bila baca kes pasal insiden pensyarah yang dikatakan menghina golongan b40 ni, terus saya teringat balik peristiwa ni.
Entahlah... Saya nak komen lebih-lebih saya pun tak berapa menjadi.
Tapi saya harap kita semua tak perlu lah nak menyindir atau menghina orang lain.
Kena ingat, zaman dulu, bila habis belajar terus diberi tawaran kerja. Keluar universiti saja dah dapat surat tawaran. Sekarang ni graduan banyak tapi peluang kerja terhad.
Jadi tak usahlah nak mengata,menyindir atau menghina sesiapapun... Lebih-lebih lagi kalau kita dapat kerja sebab ada saudara-mara,ahli keluarga atau golongan kaum kerabat(kabel) tolong masukkan.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
Kecewa. Tapi tak apalah. Kita sesama manusia serahkan kepada Allah SWT kerana Allah SWT yang berhak memberi peringatan.
ReplyDeletePerdu Cinta betul tu kak PC,serahkan kepada Allah s.w.t sahaja.
Delete