Pagis

Monday, March 28, 2022

Gigi berlubang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Baru saja rasanya saya cabut gigi bongsu,dah nak kena cabut gigi lagi.

Kali ni sebab gigi berlubang.

Berlubang sebab gigi sebelah yang dicabut di klinik kerajaan dulu masih tertinggal.

Kesan gigi tertinggal tu, menyebabkan urat gigi sebelah terkait sekali. Macam tu lah doktor gigi tu terangkan. 

Saya tak pandai nak explain sangat dengan jelas.

Tapi yang pastinya kena cabut,tampal pun tak guna sebab lama-lama nanti kena cabut juga.

Jadi kena buang gigi yang tak cabut habis dan gigi sebelah yang dah berlubang.

Terpaksalah pergi klinik swasta. Mujur ada kakak saudara tolong rekomen , doktor gigi tu bagi diskaun sikit. Diskaun sebab akak saudara antara pelanggan tetap dia.

Jadi total buat rawatan semua campur kos x-ray rm90 maka saya kena bayar rm 390.

Esok kena datang cabut gigi.

Duit lagi....

Penat dah rasanya tengok duit asyik keluar saja 

Baru haritu tukar minyak hitam kereta campur servis sikit-sikit dalam rm 200 jugalah..

Letih...kadang saya terfikir lebih seronok kalau meninggal saja ..tak payah fikir hal dunia. 

Dunia dah lah sementara,tak rasa seronok pula tu.
 
Tapi tulah, kalau meninggal dan tak kena seksaan, tak apalah juga...ni dahlah banyak buat dosa..entah macam manalah nanti.

Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk saya ya.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

Amin.

3 comments:

  1. Semoga dimurahkan rezeki dan bertemu jodoh. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Abam Kie terima kasih cikgu tapi rasanya saya tak mampu nak ada jodoh

    ReplyDelete
  3. In sya Allah semoga pintu-pintu rezeki terbuka luas untuk Mizi ya.

    ReplyDelete