Tahlil untuk Tarmizi.
Sebenarnya,saya terfikir,jika saya mati nanti siapa yang nak bacakan saya atau hadiahkan saya al-fatihah..
Saya bukan ada anak,isteri..
Emak saya pun dah 60 tahun lebih..kalau saya pergi dulu sebelum mak saya,tak apalah.
Sekurang-kurangnya saya yakin mak saya akan hadiahkan saya al-fatihah.Buat tahlil untuk saya.
Tapi jika sebaliknya?
Siapa nak buat tahlil untuk saya nanti?
Saya harap jika satu hari nanti ajal saya dah sampai,adalah yang akan bacakan atau buat tahlil untuk saya.
Haraplah blog saya ni boleh jadi medium untuk harapan saya tu tercapai.
Moga ada yang sudi bacakan atau hadiahkan saya al-fatihah.
Sudi buatkan tahlil untuk saya bila saya dah meninggal dunia.
Terima kasih jika ada yang sudi buat tu.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
Allah sedih pula baca entry ini :(
ReplyDeleteSyaz Rahim terima kasih.
Deleteinsyallah akan ada...
ReplyDeleteAini terima kasih, Insya-Allah amin.
DeleteTerkejut mama.baca tajuk. Jgn risau tarmizi, insya Allah pahala amalan jatiah yg berpanjangan lebih utama Dari tahlil tu. Blog Salah satu medium utk kita dapatkan amalan kebaikan verterusan. Continue shate oerkara yg baik2 ye
ReplyDeletemamapp Insya-Allah,moga kita semua terus berblog.
DeleteOrg baik2 pasti ada yg akan sentiasa ingat dan doakan
ReplyDeletecikguzim betul tu cikgu, haraplah kita semua termasuk dalam golongan orang baik-baik.
Deleteterkesan abe kie dgn entri ini. Baru dua hari ayah abe kie meninggal dunia. Sama2 la kita sedekahkan Al-Fatihah (dibaca) kpd roh Allahyarham. Terima kasih.....
ReplyDeleteAbam Kie, semoga roh arwah ayah cikgu ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Deleteterkedu uncle....
ReplyDeleteuncle gedek sekadar perkongsian saja uncle.
Deletesemua kita akan pergi...
ReplyDeletekalau boleh pergi ketika kita sudah lengkap segala-galanya
mati pun reda dan tenang
mrhanafi.com betul, harapnya begitulah, Insya-Allah amin.
DeleteDatang ziarah lagi..
ReplyDeleteEtuza terima kasih cikgu sudi ziarah blog saya ni.
DeleteTerkejut Cik TK baca tajuk tadi. Huhuuu
ReplyDeleteMoga sentiasa ada yang ingat dan doakan kita semua.
DeleteCik TK Insya-Allah amin.
DeleteInsyaallah..kita saling mendoakan dan sedekahkan utk satu sama lain.
ReplyDeleteAmmi harapnya begitulah Insya-Allah amin.
DeleteHarap2 selepas ini Tar akan dapat hidup bekeluarga
ReplyDeleteWarisan Petani Insya-Allah WP jika memang ada tertulis untuk saya berkeluarga.Amin.
Delete