Makin mencabar betul zaman sekarang ni ya.
Harga barang semua naik.
Ayam sekilo nak dekat rm10 tempat saya. Tempat lain lagi lah agaknya.. Seekor ayam dah berapa ringgit.
Jadi bila ayam mentah mahal, ayam goreng seketul dah jadi rm5, biasa saya beli 3,4 ringgit seketul.
Mee kuning dah jadi rm1.20 sebungkus,dulu baru rm1.00, malah plastik beg pun dah naik..dulu rm2.00 sekarang dah jadi rm2.10..
Ikan pun naik harga.. sekarang ni beli sikit-sikit saja. Takut tengok harga ikan sekarang.
Barang binaan lagi lah..
Simen sekampit dah jadi berapa ringgit..dulu rm14 sekarang dah jadi rm18.
Harga besi lagi naik mendadak.
Makin mencabar betul zaman sekarang ni ya.
Tak tahulah nak jadi apa nanti.
Orang yang ada duit, naik dua tiga puluh sen tak adalah terkesan sangat.
Orang marhaen macam saya ni memang terasa betul dengan keadaan sekarang.
Haraplah ada pihak yang boleh mengatasi masalah ni.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
Betul sangat-sangat. Walau naik seposen dua kalau dikumpul banyak juga jumlahnya.
ReplyDeletePeRdU cINta betul..kalau dihimpun memang terasa naikknya
Deletebila dah naik tu x reti2 plak nak turun! arrghh!
ReplyDeleteAbam Kie tulah pasal.. sedih kan cikgu
DeleteI feel you...
ReplyDeleteuncle pun terkesan
Thank you uncle gedek..sama lah kita ni
DeleteSiakap kat langkawi lagi teruk naiknya
ReplyDeleteWarisan Petani haha.. memang tak mampu lah nak makan..seram dengan harganya
DeleteSama. Terkesan juga. Memang berjimat cermat dari dulu lagi
ReplyDeleteRodiah Amir betul..semua orang terkesan..kena berjimat saja sekarang ni
Deletesaya juga marhaen dan terkesan.
ReplyDeletemari kita berusaha dan berikhtiar untuk ubah hidup
mrhanafi betul.. sama-samalah kita berusaha
Deletebetul sangat. dulu kalau nak berjimat makan nasi dengan telur goreng sekarang ni telur sepapan pun dah naik harga. Kualiti pun bukannya elok sangat
ReplyDeleteFarhana Jafri betul,harga telur pun meningkat.
Deletedari kita untuk bijak berbelanja
ReplyDeleteEtuza betul tu cikgu,kena bijak berbelanja.
Delete