Pagis

Wednesday, September 29, 2021

Status dalam Mysejahtera dah bertukar

 Assalamualaikum  w.b.t dan salam sejahtera semua.

sumber gambar:google images


Alhamdulillah...baru-baru ni status dalam mysejahtera saya dah bertukar.

Sebelum ni partially vaccinated, sekarang dah jadi fully vaccinated.Warna kuning.

Kena rajin refresh status, saya banyak kali juga refresh,makan masa berminggu juga rasanya.

Bila dah jadi fully vaccinated, maknanya saya dah boleh dine-in di kedai makan atau warung.

Tapi saya malas, mungkin sebab dah terbiasa bungkus sahaja,sampai sekarang pun saya bungkus sahaja.

Malah ada kedai yang masih amalkan konsep bungkus sahaja.

Saya nak keluar rumah pun malas.

Memang daripada dulu saya jenis malas nak keluar.

Pergi satu tempat,lepas tu balik.

Tak suka sangat pergi berjalan atau nak meronda-ronda ni.

Saya lebih suka duduk rumah sahaja.

Jadi dah fully vaccinated pun saya rasa sama sahaja hidup saya.

Cuma senang sikit kalau saya ada nak masuk mana-mana premis.

Kita sekarang ni pun terpaksa hidup dalam norma baharu.

Hidup dengan wabak covid ni.

Haraplah yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

17 comments:

  1. Syabas kerana sudah fully vaccinated. Melaka dah nk masuk fasa 4. Tp kelate kes masih 4 angka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abam Kie ya Melaka dah masuk fasa 4 tapi tulah nak kena jaga juga sop..masih bahaya

      Delete
  2. Tahniah bro, semoga sentiasa sihat dan semoga ALlah jaga bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhammad Naim Abdullah terima kasih, Insya-Allah..Amin.

      Delete
  3. Sebaiknya diam di rumah jika tak ada perkara mendesak ya. Tahnia..vaksin itu pada Etuza usaha untuk tambahkan kesihatan ..kuatkan imun..Allah suka hambannya yang berusaha untuk sihat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Etuza betul tu cikgu..masih kena jaga sop.. keadaan masih bahaya

      Delete
  4. Alhamdulillah. Syukur. Setuju, keluar bila perlu kan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. dah bertukar masih kena jaga semua. Stay safe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. N.K Ashadi alhamdulillah..betul kena sentiasa jaga sop

      Delete
  6. Walau pun dah lengkap dua dos
    SOP masih perlu dipatuhi
    Kes masih tinggi

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Sama jenis malas keluar. Keluar bersebab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NA tulah.. kalau tak ada sebab atau urusan lagi best duduk rumah sahaja

      Delete
  8. alhamdulillah... sy pun prefer duduk rumah kalau x de hal. tp nak tak nak kena keluar juga sebab sara diri sneidri kan hehehe

    ReplyDelete
  9. dear anies tulah, samalah, saya keluar pun untuk niaga,cari barang niaga..kalau tak,memang malas nak keluar

    ReplyDelete