Pagis

Wednesday, November 11, 2020

PKPB

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Baru-baru ini,kerajaan telah mengeluarkan arahan perintah kawalan pergerakan bersyarat(PKPB) di seluruh negeri semenanjung kecuali negeri Pahang,Perlis dan Kelantan.

sumber:google images

Terkesan juga dengan pengumuman mendadak ni.

Mujur juga pasar borong tempat saya berjaja masih boleh beroperasi seperti biasa, semua sektor ekonomi juga berjalan seperti biasa tapi harus mengikut tempoh masa yang diberikan.

Sekarang ni banyak kedai makan atau warung yang mengambil keputusan untuk tutup sementara kedai. Jadi sudah tentu memberi kesan kepada penjaja sayur dan ulam kampung seperti saya ni. Sebab biasanya hari lain orang awam jarang nak ke pasar,biasa mereka datang pasar hari Sabtu dan Ahad sahaja.Jadi memang kami harapkan kepada peniaga makanan atau tauke warung untuk beli jualan kami pada hari biasa.

Tak apalah, syukur juga masih boleh berjaja.kalau tak lagi pening kepala nak cari duit belanja.

Kerja sebagai penjaja kecil-kecilan ni memang tak besar pendapatannya, harapkan jualan harian sahaja, tambah susah lagi sebab saya bukan ada pencen atau pun KWSP, memang harapkan pendapatan hasil daripada jualan di pasar borong sahaja.

Masa mula-mula umum PKPB ni dulu, termenung juga saya, hampir tak ada mood langsung. Ditambah pula baru-baru ini saya dapat tahu yang saya ada masalah jantung lemah. Lagi buat saya "down". Sekarang ni pun perlahan-lahan kuatkan semangat. Blog pun lama saya tak update.  Tapi terima kasih kepada yang sudi membaca dan meninggalkan komen di blog saya ni.

Doakan yang baik-baik ya untuk saya.

Saya juga doakan yang baik-baik untuk kalian semua.

Insya-Allah..

amin.

9 comments:

  1. semoga penjualan sayur akan kembali maju spt sebelum PKPB. Jaga kesihatan ye.. makan ubat yg doc beri.

    ReplyDelete
  2. Abam Kie amin.terima kasih cikgu,jujurnya sebelum PKPB pun memang dah slow,tapi sekarang makin terjejas cuma untuk teruskan hidup dan dapur berasap sahaja sekarang ni. =)

    ReplyDelete
  3. harap cepat la diorg jumpa vaccine utk covid ni kan

    ReplyDelete
  4. Terus bersemangat. Jaga kesihatan. InshaAllah semua Allah SWT permudahkan.

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan urusan sehariannya.

    ReplyDelete
  6. Terkesan juga la sejak buat kerja part time jer. Part time dah tak ada

    ReplyDelete
  7. Semoga rezeki sentiasa melimpah rush buat tarmizi sekeliarga

    ReplyDelete