Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Sekarang ni kes covid makin membimbangkan.
Berlaku peningkatan sehingga 300 kes.
Banyak faktor juga atas peningkatan tu.
Tetapi ramai yang marah sebab pilihan raya yang diadakan di negeri Sabah.
Khabarnya, banyak ahli politik atau pemimpin yang tak menjalani kuarantin wajib selepas pulang dari Sabah.
Entahlah,
Hendak cakap atau komen lebih-lebih,pun tak guna.
Perkara dah jadi.
Cuma yang merisaukan atau membimbangkan saya sekiranya kes covid ini terus meningkat sehingga terpaksa perintah berkurung semula. Lockdown kembali.
Jujurnya,habislah penjaja kecil seperti saya ni. Jenis bekerja sendiri,ada kerja ada gaji.pergi berjaja atau berniaga adalah pendapatan,kalau tak,tak adalah punca pendapatan.
Simpanan pun makin tak ada.
Saya rasa kalau berlaku PKP atau lockdown balik,mungkin pasar tempat saya berjaja ni ditutup sepenuhnya.
Haih..
Bukan itu sahaja,ramai yang akan hilang kerja,keluarga, yang sekaligus menyebabkan berlakunya peningkatan masalah tekanan emosi dalam kalangan masyarakat.
Tetapi itulah, mereka yang diatas adakah peduli golongan bawah ni?
Bilakah suara atau nasib golongan bawahan akan didengar?
Bila nak dekat pilihan raya,masa tu nak suruh salam cium tangan pun sangup rasanya.
Sedih,marah,kecewa,hampa semua ada bila saya menaip post ni.
Entahlah,
Jujurnya kalau berlaku PKP semula,saya sendiri akan rasa putus asa.
Nak cari makan tak boleh,nak bayar bil pakai apa?Simpanan pun tak berapa nak ada.
Moga turunlah kes covid ni.
Moga cepatlah penawar atau vaksin covid ditemui.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
insya-Allah..
amin.
Moga perkara ini akan beransur pulih,
ReplyDeletemoga ada rezeki yang akan terus mengalir buat penjaja2 di luar sana juga..
Amin...
Harap mizi dapat bersabar dan teruskan berdoa.
sesamalah kita terus patuh SOP
ReplyDeleteSemoga semakin pulih..terus berdoa
ReplyDeletebimbang sngt :( igtkan bakal terputus rupanya lagi byk
ReplyDeleteKalau semua orang betul-betul sedar inshaAllah boleh pulih..memang merisaukan.Terus berdoa dan patuhi SOP.
ReplyDeleteitulah! bimbang juga,
ReplyDeletemoga terus patuh SOP.
stay safe!
sy pn x tau nk ckp mcm mn... nk krg kn kes amik ms. tp nk bertambah kejap je... semua pihak terkesan. yg bekerja menanti saat dibuang...
ReplyDeleteMama pun Naik risau.. bykkan berdoa semoga cepat setel.masalah Dan kluster2 aktif
ReplyDeleteharap kita sama2 jaga diri dan kesihatan
ReplyDelete