Pagis

Tuesday, September 22, 2020

Pemandu Mabuk

 Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Tadi tengok berita di tv, ada kes di mana seorang pelajar tingkatan 5 maut angkara pemandu mabuk.

Sedih bila dengar berita macam ni.

Banyak kali dah kita dengar kes kemalangan jalan raya yang melibatkan pemandu mabuk ni.

Berapa banyak keluarga yang hilang tempat bergantung,isteri hilang suami,anak hilang ayah atau ibu akibat dilanggar pemandu mabuk ni.

Tetapi masih lagi berlaku kes macam ni.



Sedih,hampa,kecewa,marah,geram semua adalah bila saya tengok berita pasal kes pemandu mabuk ni tadi.

Sampai bila masalah ini akan selesai?

Harapnya pihak yang bertanggungjawab boleh buat sesuatu untuk mengatasi masalah ini.

Sungguh menakutkan dan menyedihkan bila kita dengar atau lihat kes-kes seperti ini berlaku.

Haraplah lepas ni tak berlaku kes seperti ini.

Moga kita semua sentiasa menjaga diri sendiri serta turut memikirkan keselamatan orang atau pengguna jalan raya yang lain semasa memandu.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

insya-Allah..

amin.



5 comments:

  1. bila laa agaknya undang2 akan diperketatkan? setakat gantung lesen, byr denda, penjara masih x mampu halang pemandu mabuk

    ReplyDelete
  2. Perkara ini tidak akan selesai dan tidak berakhir selagi masing-masing tidak ada rasa tanggungjawab dan tiada kesedaran.

    ReplyDelete
  3. tadi baru ja sembang ngn my friend about this case, like taiwan hukuman bunuh.... malaysia mcm ambik ringan. nak minum, lantak la tapi takyah la drive.. grab kan byk

    ReplyDelete
  4. Geram kan masalah yg tak habis2 ni...

    ReplyDelete
  5. semoga keadilan akan ada juga suatu hari nanti.

    ReplyDelete