Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Sedikit perkongsian tentang hal perniagaan.
Saya tak pandai dalam bab niaga ni,sebab saya cuma seorang penjaja kecil.
Tapi,tak salah saya berkongsi sedikit ilmu atau maklumat yang saya dapat hasil daripada pengalaman berjaja.
Sekarang ni,kesan daripada covid 19 memang terasa khususnya kepada peniaga atau penjaja kecil seperti saya ni.
Waktu operasi perniagaan dihadkan.
Contohnya macam saya yang berniaga di pasar borong,seawal jam 9.00 pagi siren sudah dibunyikan supaya kami kemas barang-barang niaga. Pukul 10 pagi tidak dibenarkan seorang pun penjaja berada dalam kawasan pasar.
Sedih juga tapi nak buat macam mana, lebih baik daripada tak dapat berniaga langsung.
Pelanggan tetap seperti tauke kedai makan atau warung juga ramai yang tak datang membeli kerana tidak berniaga sekaligus memberi kesan kepada penjaja.
Sekarang ni,kesan daripada covid juga menyebabkan harga barang meningkat. Susah untuk penjaja seperti kami untuk dapat pusing modal.
Nak buat macam mana,nak tak nak,kena juga ambil,kalau tak,tak adalah barang untuk diniagakan.
Pasar tempat saya berjaja pula cuma membuka dua pintu sahaja,satu pintu masuk dan satu pintu keluar. Hal ni lagi menyebabkan ramai yang malas nak datang sebab pintu masuk agak jauh daripada tempat letak kenderaan/parking.
Sekarang ni lebih ramai yang membeli secara dalam talian sahaja. Order online nanti barang sampai. Jadi orang atau pengunjung pasar juga semakin berkurangan. Sekarang ni harapkan hari hujung minggu,atau hari cuti am baru ramai sikit yang datang ke pasar.
Tapi nak buat macam mana, nak tak nak saya kena datang berjaja juga sebab ini merupakan sumber pendapatan utama keluarga saya.
Sekurang-kurangnya saya masih dibenarkan berniaga/berjaja.
Moga cepatalh virus covid ni hilang.
Moga ekonomi Malaysia kembali pulih.
Moga kita semua dimurahkan rezeki.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
amin.
Semoga covid ni cepat lah hilang dari dunia ni.
ReplyDeleteAisya Ismail mudah-mudahan begitu.amin.
ReplyDeleteMoga ia cepat lenyap i muka bumi ini
ReplyDeletecepatlah selesai belenggu covid 19 ni....
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan mizi..itulah, semua tertakluk pada SOP kan.. stay safe mizi
ReplyDeleteyalah bro kesian juga saya mendengar keluhan peniaga-peniaga kecil-kecilan seperti bro.
ReplyDeletesaya juga difahamkan syarikat besar juga terjejas dengan Covid-19.
saya sarankan bro pelajari ilmu menarik rezeki..moga-moga terhindar dari segala kesulitan nanti
Semua sektor terkesan dengan pendemik cocid ini.
ReplyDeletebetul , actually semua sektor terkesan kan... moga cepat la covid ni hilang :(
ReplyDeleteSelalu berharap semua ini segera berlalu,namun dalam masa terkini kadang kes tidak terjangka,kadang turun kadang naik.Semua mesti lebih berhati-hati dan berjaga-jaga.
ReplyDeleteSemoga keadaan Akan bertambah pulih.. semua org terkesan
ReplyDelete