Pagis

Wednesday, August 5, 2020

Rasa resah

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.

Terima kasih kepada yang membaca blofg saya dan meninggalkan komen.

Saya akan cuba blogwalking dan membalas segala komen yang ditinggalkan.

Sekarang ni,fikiran dan perasaan saya jadi resah, dan tak tentu arah.

Masa pkp ni, saya pun tak tahu kenapa, fikiran ,semangat semua jadi lesu..letih.

Black - Simple English Wikipedia, the free encyclopedia


Saya rasa tak semangat dan resah.

Sukar saya nak terangkan.

Cuma saya tulis ni,moga-moga ada pembaca dapat memberi maklum balas atau info tentang apa yang perlu saya lakukan.

Saya sekarang ni pun tak tahu dengan keadaan diri saya ni.

Rasa lesu,semangat pun macam hilang,nak pergi berniaga pun macam malas.

Secara jujurnya,saya dah tak peduli sangat tentang apa nak jadi dalam hidup saya ni.

Normal ke fikiran dan perbuatan saya ni?

Entahlah...

Saya akan banyak termenung dan berkhayal.

Perasaan rasa tak tentu arah.

Bingung tanpa sebab.

Mohon doa semua untuk saya.

Moga Allah s.w.t saja membalas segala budi baik pembaca atau yang terbaca blog saya ini.

28 comments:

  1. Wkmsalam
    Pandang jauh ke hadapan Tar.
    Perlu ada wawasan untuk dicapai.
    Wak yang dah tua ni pun masih bersemangat berusaha untuk meneruskan hidup.
    Semoga nampak sinar di sepanjang perjalanan yang berliku2 ini.

    ReplyDelete
  2. Minta tolong pada Allah diberi petunjuk.
    Insya Allah saya akan doakan agar awak diberi jalan keluar.

    ReplyDelete
  3. Tabahlah saudara, kalau berlanjutan, boleh seek help dr hospital

    ReplyDelete
  4. cuba berbincang dgn emak dan abang. pasti mrka bisa membantu mas, ya?

    ReplyDelete
  5. saya tak pandai nak nasihat org... cuma apa yg boleh sy kongsikan, jgn biarkan diri kita bersendirian. cuba sibukkan diri. tak kisahlah berkebun ke, kemas rumah ke, menulis ke, beribadah ke, etc... yg penting badan dan otak kita 'bergerak' dan 'berjalan'. syaitan mmg suka dgn org yg bersendirian sbb ms tu laa dia paling dkt dgn kita dan ms tu lah dia mula memainkan peranannya, mencucuk fikiran dan hati agar sentiasa berbolak balik, bercelaru etc. once kita sibuk, kita pasti tak ada masa utk fikirkan benda2 lain. tp bkn bermakna kita mengabaikan diri...

    ReplyDelete
  6. p/s boleh sy dapatkan nama dan alamat? tq

    ReplyDelete
  7. hang in there :0
    insyaAllah semua kan jadi ok..
    tenanggggg ..bernafas... yg penting jgn duduk sorg2...

    ReplyDelete
  8. Awak jangan macam ni awak... Saya tak pandai nak bagi nasihat..

    Apa yang saya boleh katakan, awak perlu luahkan apa yang awak rasa pada orang yang awak percaya, jangan bersendirian, sentiasa ingat Allah.. Banyakkan berdoa, minta diberikan ketenangan, kekuatan dan petunjuk.

    Ada channel2 tertentu yang boleh membantu jika awak perlukan. Contohnya seperti Mentalist Joker (ini Cik TK follow di twitter) atau Befrienders KL yang mana diorang available 24jam.

    Saya doakan awak supaya semuanya akan okay...

    ReplyDelete
  9. sabar dan kuncinya doa dan solat ....jiwa kosong, ingat Allah.

    ReplyDelete
  10. Warisan Petani terima kasih WP, insya-Allah saya akan cuba perlahan-lahan nasihat yang diberi WP

    ReplyDelete
  11. NA terima kasih kerana sudi mendoakan saya =)

    ReplyDelete
  12. cikguzim insya-Allah,terima kasih cikgu =)

    ReplyDelete
  13. Syaz Rahim terima kasih, mudah-mudahan ianya tak berlarutan

    ReplyDelete
  14. Abam Kie kenapa mas pula ni cikgu?haha saya tak reti lah cakap macam ni,saya orang Melayu,Melaka..Malaysia...haha =)

    ReplyDelete
  15. dear anies terima kasih atas panduan,baik nanti saya beri,tapi untuk apa ya?

    ReplyDelete
  16. Atie Zieya baik,insya-Allah..saya akan cuba buat perlahan-lahan,terima kasih =)

    ReplyDelete
  17. Cik TK terima kasih atas doa dan nasihat,baik saya akan cuba buat perlahan-lahan, moga yang baik sahaja untuk kita semua =)

    ReplyDelete
  18. Safirul Amar Bin Hj. Azmi insya-Allah cikgu,terima kasih atas nasihat =)

    ReplyDelete
  19. Kita manusia biasa yang tidak lepas daripada rasa-rasa yang begitu Mizi.Adakala semua rasa itu datang dan menghantui kita.Wajar.Cuma cuba bangkit dan lawan.Dekatkan diri denganNYA lagi dan lagi.InshaAllah boleh dan semua kembali pulih.

    ReplyDelete
  20. moga dipermudahkan urusan. Jangn fikir banyak sangat, dekatkan diri dengan Allah hati akan lebih tenang

    ReplyDelete
  21. terlalu stress nie...

    bawa bertenang jer.

    solat malam kalau ada masalah besar dan cuba berfikiran positif

    ReplyDelete
  22. terima kasih semua atas doan dan nasihat =)

    ReplyDelete
  23. Semoga dipermudahkan segala urusan Tarmizi yer. Aamiin...

    ReplyDelete
  24. Rilex..jangan stress² ye. Semoga semuanya dipermudahkan semuanya

    ReplyDelete
  25. Kalau pun ada rasa begitu.. Cuba fikir tenang Ibubapa. Apa yg mereka harapan dari Mizi.

    Baca lah ayatul kursi selalu supaya dpt buang segala apa yg tak in dah dlm hati tu

    ReplyDelete