Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera semua.
Terima kasih atas semua yang mendoakan kesihatan saya.
Secara jujur,saya masih cuba bertahan.
Saya terbaca ada komen yang menasihati saya supaya pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
Terima kasih, tetapi secara jujur saya agak tidak selesa untuk pergi ke hospital atau klinik.
Saya mohon maaf jika post saya ini menyinggung perasaan mana-mana pihak.
Saya sebenarnya tidak suka pergi ke klinik atau hospital, kerana memakan masa yang lama.
Pengalaman saya menemani seseorang pergi mendapatkan rawatan di hospital dulu ternyata menguji kesabaran.
Perlu beratur lama dan menunggu sehingga berjam-jam lamanya untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan.
Kemudian pemeriksaan itu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.
Agak terkilan juga tetapi saya faham dengan ramai pesakit, jadi memang begitulah keadaannya.
Pengalaman seperti ini memang menyebabkan saya keberatan untuk pergi ke hospital.
Saya akan cuba bertahan selagi boleh.
Mohon doa semua supaya yang baik-baik sahaja untuk saya.
Saya juga mendoakan yang baik-baik sahaja untuk kalian.
Insya-Allah..
amin.
Semoga semua baik2 aja
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh ye Tarmizi. Zumal pun baru-baru rasa sakit dada tapi ingat kalau pergi hospital mesti lama menunggu pastu sakit hati pula akhirnya duduk je rumah
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan semuanya yer
ReplyDeletePenyakit ni mungkin tak perlu rawatan doktor
ReplyDeletesebab ia penyakit perasaan dan hati
Penawarnya ada pada diri sendiri
atau bantuan kaunselor.
Mohon bantuan Allah diberi jalan/ petunjuk mana cara tang lebih baik. Insya Allah.
ReplyDeleteSemoga semuanya dipermudahkan ya awak.. jangan bersendirian.. luahkan pada orang yang awak percaya.. doa, supaya diberikan petunjuk..
ReplyDeleteStay strong please...
ReplyDeletekalau da duk umah lame2 mmg boleh jadi sesak nafas..segala perasaan ade.macam anxiety..kami semua doakan yang baik2..
ReplyDeleteterima kasih semua yang mendoakan,moga saya terus bertahan,moga yang baik sahaja untuk kita semua.amin
ReplyDelete