Maaf lama tak update blog.
Nak kata sibuk tu,tak adalah sangat.
Nak kata tak ada masa,saya rasa banyak saja masa terluang.
Nak kata tak ada idea, kadang ada juga..
Jadi saya rasa sebab saya tak update blog ialah saya suka bertangguh, dan agak tak rajin.
Selalu fikir ok,besok saya update blog,sudahnya dekat seminggu tak update.
Tak silap saya bahasa Inggeris sebut perbuatan ini sebagai "procrastination".
sumber gambar:google images |
Procrastination atau bahasa melayu bermaksud melambat-lambat atau menunda kerja kalau tak salah saya.
Saya teringat pengalaman saya menyertai satu pertandingan bahasa Inggeris semasa di tingkatan enam.
Semua pelajar tingkatan enam diwajibkan menyertai pertandingan ini, dan perkataan yang saya dapat ialah procrastination.
Termenung sekejap masa dapat ayat ni. Puas fikir maksud ayat,sudahnya minta tolong seorang juri/cikgu untuk terangkan maksud..macam bagi clue..sebab pertandingan kan..tak boleh direct terangkan maksudnya.
Tak berapa ingat sangat tentang isi yang saya sampaikan sebab pertandingan secara spontan,cuma komen seorang cikgu tu kalau saya dapat faham maksud ayat ni,saya boleh terangkan dengan lebih jelas dan lancar lagi.
Ikutkan pengalaman saya dulu, antara pengalaman yang saya kena bercakap dalam bahasa Inggeris ialah semasa menyertai pertandingan kuiz bahasa Inggeris masa darjah enam,hancur teruk saya punya prestasi time ni, kemudian masuk sekolah menengah masuk koir bahasa Inggeris,memang satu kelas kena masuk, dan kemudiannya ambil exam muet. Saya ambil dua kali sebab ikut kawan,dua-dua kali saya dapat band 3, masa pertama kali tu saya punya score untuk speaking tinggi juga,bila kali kedua ambil saya banyak diam sahaja sebab ingat nak bagi kawan lain menyerlah..sudahnya saya dapat markah rendah untuk speaking.
Selepas itu masuk U, memang kena buat pembentangan dalam bahasa Inggeris,kena buat tugasan dalam bahasa Inggeris..boleh dikatakan memang semuanya dalam bahasa Inggeris. Pelajar lain memang hebat-hebat, saya boleh dikategorikan sebagai biasa,sederhana sahaja..boleh bercakap dan guna ayat Inggeris yang mudah-mudah sahaja.
Terkadang tersasul atau tergeliat lidah juga,sebab saya ada masalah pelat.
Banyak juga rasa pengalaman bercakap bahasa Inggeris ni,pergi interview kerja,ada orang/pelancong asing tanya jalan...dan ada beberapa lagi pengalaman yang saya tak berapa ingat.
Saya rasa cukup setakat ini dulu post saya.
Moga ada manfaatnya post kali ini.
Oh ya, saya harap jika ada pembaca atau yang terbaca blog saya ini memang fasih berbahasa Inggeris janganlah gelak jika ada orang yang terkial-kial atau tersasul sebut perkataan dalam Inggeris.
Berilah sokongan dan bukannya kecaman.
Moga yang terbaik untuk kita semua.
insya-Allah..
amin.
Kak PC pun ada masa-masanya jadi menangguhkan atau berlenggah buat kerja.
ReplyDeleteAlhamdulillah siap 1 post ni ha :D
ReplyDeleteabe kie pun bertangguh2 bila kena buat kerja yg abe kie x minat. heheheh
ReplyDeletePeRdU cINta sama lah dengan saya
ReplyDeleteSyaz Rahim haha,tapi bertangguh juga nak buat =)
ReplyDeleteAbam Kie rasa malas ja nak buat kan cikgu
ReplyDeletesama laa sy... bertangguh2 BW sekali kena buat amik ko hehehehehehe
ReplyDeleteKalau X berapa pandai pun xpe.. tapi confidence Tu yg penting
ReplyDelete