Moga cepatlah virus covid ni dihapuskan.
Moga keadaan negara kembali pulih seperti biasa.
Moga kita semua menang lawan virus ini.
sumber gambar:google images |
Memang sukar, tetapi nak buat macam mana. Jika tak keluar berjaja,tak adalah pendapatan saya.
Pasar borong tempat saya berjaja dibenarkan beroperasi seawal 4 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.
Pukul 4 itu biasanya lori yang menghantar ikan atau sayur akan menjalankan operasi mereka. Manakala aktiviti berjual beli pula seawal 5 atau 6 pagi sehingga pukul 9.30 pagi.
Cuma bila PKP ni,maka pembeli akan diperiksa dengan ketat. Pintu masuk hanya ada satu laluan begitu juga dengan pintu keluar.
Maka ramailah yang terpaksa beratur, ada yang malas nak beratur akhirnya pulang sahaja ke rumah masing-masing.
Mereka yang membawa anak kecil dan tidak memakai topeng muka juga tidak dibenarkan masuk.
Jujurnya,memang agak terkesan dengan PKP ni, tetapi demi keselamatan maka bersabar sahaja.
Ini semua dilakukan demi kebaikan semua pihak.
Oh ya, akibat covid ni, tempahan kerisik juga agak terkesan kerana ramai peniaga bazar Ramadan tidak dapat berniaga. Maka tiadalah tempahan daripada mereka.
Kebiasaannya, bulan Ramadan tempahan kerisik agak memberangsangkan cuma tahun ni sahaja tidak seperti tahun-tahun lepas.
Semoga cepatlah masalah ni dapat diatasi.
Moga dengan kehadiran bulan Ramadan ini,virus ini dapat dihapuskan.
Moga kita semua dapat menjalani kehidupan normal kembali.
Mohon doa semua.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
insya-Allah...
amin.
Semuanya terkesan.
ReplyDeleteDah jadi new normal.
Betul, semuanya terkesan dengan Covid 19. Moga Allah angkat dengan segera dan memberi kemudahan kepda kita semua.
ReplyDeletebertabah la bro..
ReplyDeletesaya dapat memahami bagaimana rasanya terkena tempias Covid-19 ini
sama-sama kita doakab Covid-19 segera berakhir
Semoga terus kuat demi keluarga ya,
ReplyDeleteramai yang terkesan dengan COVID19 tahun ni.
Harap semuanya berakhir dengan segera.
Saya singgah dan follow blog ni ya.
Jemput melawat blog saya jika berkelapangan.
mudah2an kita semua memperoleh hikmah daripada semua ni. ~
ReplyDeleteSemoga murah rezeki awak. tak apa lah untuk tahun ni mungkin ada hikmahnya. b
ReplyDeleteTak apa , mohon tak mengeluh ya, sesungguhnya kita di uji. lalu kepada Allah kita memohon rahmat, mohon agar kembali kebebasan pergerakan apabila Allah angkat wabak melanda dunia. Kesihatan diri harus diutamakan ya
ReplyDeleteAmin. Semoga keadaan pulih seperti biasa. Semoga dimurahkan rezeki..
ReplyDeleteWarisan Petani betul,dah jadi baru semuanya
ReplyDeleteKak Wawa insya-Allah..amin. =)
ReplyDeletemrhanafi terima kasih.betul,moga cepatlah wabak ini berakhir
ReplyDeleteSeorang Syed terima kasih kerana sudi singgah,insya-Allah nanti saya datang ke blog tuan pula =)
ReplyDeleteSilah Hassy mudah-mudahan begitu,amin. =)
ReplyDeleteNana Liena terima kasih,harapnya begitulah..amin. =)
ReplyDeleteEtuza baik cikgu,mudah-mudahan yang terbaik untuk kita semua =)
ReplyDeleteEtuza harapnya begitulah,amin. =)
ReplyDeletesedih gila tahun nih
ReplyDeleteberaya sorang
sob sob sob :_(
Hans Hanis sabar lah bro
ReplyDeleteSemoga kembali ke sebelum nya secepat mungkin
ReplyDeletemamapp harapnya begitulah,amin =)
ReplyDelete