Pemimpin Yang Tidak Dibantu Allah
=====
«يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ، لاَ تَسْأَلِ الإِمَارَةَ، فَإِنَّكَ إِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ إِلَيْهَا، وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا
"Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah kamu meminta-minta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya sekiranya kamu diberikan setelah meminta-minta maka kamu akan dibebankan (diserahkan sepenuhnya kepada dirinya), namun sekiranya kamu diberi (jawatan) tanpa meminta-minta maka kamu akan dibantu menghadapinya. (Sahih al-Bukhari)
2. Dalam hadis ini Rasulullah mengingatkan bahawa terdapat dua jenis pemimpin. Yang pertama, pemimpin dibantu oleh Allah dan satu lagi ialah yang tidak dibantu. Yang dibantu adalah yang tidak meminta-minta kepada jawatan tersebut.
3. Manakala yang tidak dibantu pula ialah mereka yang berguling-guling gilakan jawatan tersebut namun apabila mendapat kerusi kepimpinan itu mereka gagal melaksanakan janji manis mereka.
4. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn al-Battal menjelaskan:
بمعنى لم يعن على ما أعطاه
Iaitu (orang yang tergila-gila untuk menjadi pemimpin ini) tidak dibantu oleh Allah atas apa yang diberikan kepada mereka."
5. Kita sangat bimbang andai sekiranya kesungguhan kita dalam menabur janji bulan dan bintang, diulang-ulang dalam setiap pidatonya, namun akhirnya menjadi bebanan buat dirinya malah dilihat tidak dibantu oleh Allah.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
semoga abe kie akan menjadi pemimpin yg dibantu oleh Allah. Aamiin..
ReplyDeleteAbam Kie insya-Allah..amin.
ReplyDelete