Pagis

Tuesday, July 2, 2024

Jom jawab kuiz Sejarah Tahun 4 siri 1

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Tak ada apa nak update pasal blog, tapi baru-baru ini saya ada terbaca soalan latihan sejarah tahun 4 anak saudara saya..susah juga..

Lain betul ya silibus sukatan pelajaran sekarang ni. Seingat saya dahulu, sebagai salah seorang generasi 90an, tak ada subjek Sejarah semasa sekolah rendah, tetapi kalau tak silap ada subjek Kajian Tempatan.

Tetapi, yalah mungkin tujuannya supaya pelajar didedahkan dengan subjek sejarah dari awal lagi, sebab sekarang ni nak lulus SPM kena lulus subjek Sejarah selain daripada subjek Bahasa Melayu.

Jadi marilah cuba jawab soalan kuiz subjek Sejarah tahun 4 ni yang saya ambil daripada buku latihan Sejarah anak buah saya.

Tetapi, maaflah ya tak ada hadiah pun cuma saja nak uji minda kita tentang subjek Sejarah yang diajar daripada sekolah rendah lagi.

Marilah cuba jawab soalan ni. Jawapan nanti saya kongsikan.

Jom cuba jawab.


"Sejarah merupakan catatan atau rekod sesuatu peristiwa yang berlaku masa lalu"

1.  Siapakah sejarawan yang menyatakan pengertian tersebut?

A.  Dr.Muhd Yusof Bin Ibrahim

B.  Ibnu Khaldun

C.  Herodotus  


2.  Apakah maksud sumber pertama? 

A. Sumber sekunder

B. Sumber asal

C. Sumber yang telah dicetak


3. Antara berikut,yang manakah bukan sumber sekunder?

A. Ensiklopedia

B. Manuskrip

C. Akhbar


 

                               "Tapak kapal karam di laut"

4.Apakah kaedah yang sesuai untuk mengkaji tinggalan sejarah tersebut?

 A. Kaedah lawatan

B. Kaedah arkeologi maritim

C. Kaedah bertulis


5. Apakah maksud biodata diri?

A. Maklumat diri

B. Kejayaan akademik

C.Keturunan keluarga


6. Maklumat diri individu boleh didapati di dalam

        I.      My Kid

    II. Sijil Kelahiran

    III. kupon makanan

     IV. kad perlancongan

 

   A. I dan II

   B. II dan III

   C. III dan IV

 

7. Berikut adalah perkara yang terdapat dalam sijil kelahiran kecuali

 A. Jantina

B. Taraf kewarganegaraan

C. Maklumat persekolahan


8. Sekiranya Daniel tinggal bersama ibu,bapa, dua orang adik lelaki,datuk serta nenek, apakah jenis keluarga itu?

A. Keluarga asas

B.Keluarga kembangan

C. Keluarga angkat


9. Apakah peranan penting seorang bapa?

A.  Mengemas rumah

B.  Menyiapkan kerja sekolah anak

C.  Memenuhi keperluan asas keluarga


10. Apakah tanggungjawab seorang anak?

 

        I.         Mencari nafkah

     II. Belajar dengan rajin

  III. Menjaga keselamatan keluarga

  IV. Mendengar nasihat ibu bapa

 

A. I dan II

B. II dan IV

C. II dan III



Sepuluh soalan sahaja dulu, mungkin lepas ni saya buat siri 2 pula, boleh tinggalkan jawapan dekat ruangan komen,dan kalau boleh cuba tak guna google untuk cari jawapan,baru seronok sedikit ya tak, kalau ada anak, adik beradik atau anak saudara yang tahun 4 pun boleh cuba bagi soalan ni dekat mereka. Nanti saya kongsikan jawapan.

Harap adalah yang sudi mengasah minda dan mengingat kembali subjek Sejarah yang pernah dipelajari dulu.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

amin.

1 comment:

  1. Dulu ada kajian tempatan... Merangkumi perkasa asas je...
    Skang masuk sejarah, mcm dah khusus sikit lah... Linda baca pun seram...

    ReplyDelete