Pagis

Wednesday, February 21, 2024

Dosa Rampas Tanah Orang Lain & Doa Bala Khusus Kepada Penzalim.

 Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

مَنْ أَخَذَ شِبْرًا مِنَ الأَرْضِ ظُلْمًا، فَإِنَّهُ يُطَوَّقُهُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ سَبْعِ أَرَضِينَ
“Siapa yang mengambil sejengkal/sedikit saja dari tanah orang lain secara zalim maka dia akan ‘dikalungkan’* dengan tanah sebanyak tujuh lapis bumi pada hari qiyamat“ (Hadis sahih Muslim)
* Kalimah ini punyai pelbagai takwilan oleh para ulama.
Secara zalim ertinya, secara paksaan dan kekasaran tanpa akad yang sah, atau dengan akad yang sah zahirnya tetapi hasil ugutan dan sepertinya.
Seorang wanita (‘Arwa bt Uwais) mendakwa sebahagian tanah miliknya telah diceroboh dan dirampas oleh seorang sahabat besar yang termasuk dalam sepuluh yang dijanjikan Syurga oleh Baginda Nabi s.a.w iaitu Sa’id bin Zaid r.a, padahal ia memang milik Sa’id akhirnya Sa’id mengalah dan membuat doa khusus untuk penzalim dan perampas serta penipu seperti wanita terbabit, dengan doanya
اللَّهُمَّ إِنْ كَانَتْ كَاذِبَةً فَأَعْمِ بَصَرَهَا ، وَاجْعَلْ قَبْرَهَا فِي دَارِهَا
Ertinya : Ya Allah kira benar wanita ini menipu, maka butakanlah matanya dan jadikan kuburnya di dalam rumahnya. ( hadis dan kisah ini dalam Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi)
Tidak lama selepas itu, doa Sa’id maqbul dan wanita itu telah buta, kemudian dia mengakui bahawa doa Sai’d telah mengenai dirinya, selepas itu, sesudah di keluar dari qadha hajat, dan berjalan ke perigi di rumahnya, dia telah terjatuh ke dalam perigi lalu mati. Semua doa Sa’id telah maqbul..
Awas wahai para penceroboh harta, penzalim dan penipu..doa mereka yang dizalimi adalah maqbul. Mudah sahaja untuk mengubah kata ganti nama pada doa sahabat besar tadi..Justeru, menurut Fiqh Islam, boleh dimaafkan serta bersabar apabila dizalimi atau harus juga berdoa demikian.
kredit:Dr. Zaharuddin Abd Rahman

2 comments: