Pagis

Monday, September 4, 2023

Bacaan untuk ubati sakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sedikit perkongsian yang saya dapat semasa dengar tazkirah Maghrib tadi.

Ustaz berkongsi bacaan dan amalan yang boleh dilakukan sebagai ikhtiar atau usaha kita.

Sekiranya kita dah pergi jumpa doktor,dah pergi klinik, hospital dan sebagainya tetapi masih tak baik maka boleh cuba amalan ini.

Ambil sebotol air mineral,kecil atau besar tak kisah...terpulang kepada kita..lepas tu buka tutup atau penutup botol tersebut..maksudnya jangan biar air botol tu tertutup

Baca
1)Bismillahirahmanirahim
2) Baca selawat ke atas nabi Muhammad s.a.w 3x
3)Baca surah Al-Fatihah 1x
4)Baca surah tiga qul 3x
5)Baca ayat kursi...9kali wakaf..boleh google ayat kursi 9kali wakaf ni macam mana.
6)Lepas tu baca surah Al-Fatihah balik tetapi masa ayat hanya kepada Engkau ya Allah aku berserah hanya kepada Engkau aku memohon pertolongan...masa ni berhenti sekejap dan niat dalam hati atau doa kepada Allah s..w.t apa yang kita nak....bagi sihat apa ke... terpulang..
7)Hembus atau tiup dalam air botol tersebut.
8)Minum..

Insya-Allah...mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t kita akan sembuh...

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua....

Insya-Allah...

Amin.

2 comments:

  1. Waalakumussalam. Terima kasih atas perkongsian.

    Tag: https://belogsjm.blogspot.com/2023/09/segmen-birthday-giveaway.html?m=1

    ReplyDelete
  2. semoga diberikan kesembuhan kpd Mizi n keluarga. Aamiin...

    ReplyDelete