Setelah sekian lama tak menonton wayang, hari ini pergi menonton cerita The First Slamdunk...
Memang teringin nak tengok semenjak teaser cerita ni keluar...
Harini baru ada rezeki dapat pergi..itupun sebab saya rasa penat dan nak cari aktiviti menghilangkan rasa serabut dalam hidup.
Semenjak PKP baru harini saya pergi menonton wayang...kira dah dua tahun lebih saya tak tengok wayang.
Pergi tadi memang blur...nak kena pakai kiosk layan diri...mujur ada staff yang membantu...dapatlah saya beli tiket.
Harga tiket rm13.00 sebab hari biasa kan.
Nak cerita pasal The First Slamdunk ni,ringkasnya watak utama dalam cerita ni ialah Miyagi Ryouta dan bukan Sakuragi Hanamichi...
Best juga cuma yang tak best bila ada keluarga sebelah ni asyik nak buat ulasan pasal cerita....rimas dibuatnya...tak boleh ke kalau balik baru mak tu terangkan dekat anak pasal cerita yang berlaku.
Saya yang nak tengok dengan aman selepas dua tahun tak menonton wayang rasa terganggu betul.
Perkara ni buat saya rasa memang dah betul-betul malas nak tengok wayang lagi lepas ni...
Nak buat macam mana ya tak, bukan semua orang ada "common sense"
Sabar sahajalah....
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua....
Insya-Allah...
Amin.
sy last tgok wayang thn 2000. maklumlah di kelantan ni x de cinema. layan netflix je la....
ReplyDeleteWah lama betul tu cikgu..kira 23 tahun cikgu tak tengok wayang
Delete