Besok dah nak pilihanraya ya...
Saya tak pasti jika besok saya dapat mengundi ke tak ...sebab abang saya dah dibawa pulang ke rumah dan perlukan penjagaan yang rapi.
Bangcik hanya terbaring sahaja di atas katil.
Risau juga nak tinggalkan dengan mak sahaja..
Berniaga pun saya tak pergi dulu buat sementara waktu.
Membuat kerisik juga terpaksa dihentikan.
Sampai bila? Saya pun tak tahu.
Selepas ini lagi banyak urusan ke hospital untuk temujanji bangcik.
Entah dia nak beri kerjasama atau tak saya pun tak tahu.
Inilah proses atau jalan cerita yang perlu saya dan mak lalui selepas ini.
Semoga Allah s.w.t permudahkanlah urusan kami sekeluarga.
Insya-Allah...
Amin.
semoga allah mudahkan urusan tarmizi sekeluarga
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan segala urusan Tarmizi dan keluarga... Aamin..
ReplyDelete