Pagis

Friday, October 21, 2022

Mohon doa semua

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Nak minta  semua yang membaca atau terbaca post saya ni untuk mendoakan abang saya segera sembuh.

Abang cik atau abang nombor tiga saya sekarang berada di hospital.

Bangcik terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Motorsikal yang dinaiki telah melanggar/dilanggar atau terlanggar saya sendiri tak pasti...

Tapi melihat gambar whatsapp yang saya dapat teruk juga keadaan abang cik.

Semasa dibawa ke hospital keadaannya 50-50...

Sekarang ni bang cik telah dipindahkan ke wad icu...

Mohon doa semua yang membaca atau terbaca post saya ni untuk mendoakan abang cik saya diberi kesembuhan dan diberi kesihatan yang baik.

Hanya Allah s.w.t sahaja yang mampu membalas segala jasa baik kalian. Saya hanya mampu mengucapkan ribuan terima kasih.

Semoga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah..

Amin.

Terima kasih.

4 comments:

  1. Allahu..moga abang cepat sembuh & moga semua urusan dipermudahkan..aamiin...

    ReplyDelete
  2. semoga abg chik kembali pulih dan sihat. Aamiin..

    ReplyDelete
  3. syafakallah utk abg cik tarmizi...semoga dia kembali sihat dan pulih seperti sedia kala

    ReplyDelete
  4. Moga cepat sembuh dan dimudah urusannya..

    ReplyDelete