Sekadar sedikit perkongsian daripada saya berdasarkan pengalaman yang jadi dalam hidup saya.
Saya cuma nak kongsikan perkara yang jadi supaya dapat menjadi ilmu,panduan dan harapnya dapat menjadi saham akhirat saya nanti.
Saya nak kongsi tentang
1) belajar lah menjadi imam.
Saya dulu pernah dipilih menjadi imam semasa sekolah rendah sedangkan saya tak tahu apa-apa pasal ilmu jadi imam.
Sebab saya dipilih kerana markah pendidikan Islam saya antara yang tinggi ketika itu. Saya sebenarnya tak faham pun cuma saya hafal saja tips yang diberi ustazah. Maka soalan keluar banyak yang seperti saya hafal. Tapi tulah, hafal tapi tak faham. Bila kena jadi imam, saya cuba juga tapi masuk rakaat kedua, saya terus paling muka cakap dekat ustazah saya tak reti jadi imam,habis semua murid dalam surau ketawakan saya.
2) belajar lah mengaji.
Semasa darjah satu,saya ingat lagi satu peristiwa saya kena belajar iqra. Saya tak tahu dan tak kenal pun satu huruf. Jadi saya cakap dekat cikgu yang saya tak reti. Cikgu tu susun buku iqra 1 hingga 6 lalu diketuknya kepala saya dengan buku tu. Pening kepala saya...trauma saya lepas tu nak belajar mengaji... Tapi tulah...bila dah tua ni, rasa sedih pula sebab tak dapat mengaji dengan baik... Nak-nak lagi bila tengok budak-budak umur 7,8 tahun dah pandai mengaji, rasa cemburu tengok mereka. Silap saya sendiri sebab tak nak belajar mengaji daripada kecil lagi.
3)hukum-hukum solat.
Saya ada dua kisah pasal solat ni. Pertama semasa saya datang masjid nak sembahyang, azan tengah berkumandang, tapi waktu tu saya tak tahu...saya ikut-ikut tengok orang saja...sebelum-sebelum tu saya tengok setiap kali orang masuk masjid mereka sembahyang sunat masjid,jadi saya konon nak tiru mereka, bila masuk saja masjid saya terus solat sedangkan waktu Bilal tengah melaungkan azan. Sepatutnya saya tunggu Bilal habis azan baru saya solat sunat sebelum solat fardhu.
Kedua, semasa sembahyang terawih, masa tu saya umur dalam belasan tahun rasanya... Saya berada di saf hadapan.. tiba-tiba bahu saya ditarik sedikit. Saya masa tu tak tahu yang itu adalah isyarat untuk saya melangkah ke belakang sebab orang belakang sedang sembahyang seorang diri, makruh hukumnya...jadi dia tarik sedikit bahu saya menjadi isyarat saya kebelakang dan menjadi jemaah kepada dia. Sebab tak tahu dan tak ada ilmu maka saya tetap tak berganjak masih duduk di saf depan. Dah dengar sikit-sikit hukum solat ni baru saya tahu pasal ni.
Sebenarnya saya berkongis kisah ini bukan nak aibkan diri atau nak aib kan sesiapa... Saya cuma nak berkongsi kisah hidup. Moga-moga sedikit sebanyak ada pedoman, panduan atau pengajaran yang boleh diperolehi dengan membaca post saya ini.
Moga ada manfaatnya post kali ini.
Insya-Allah...
Amin.
Kisah2 yg menjadi pengajaran kpd kita juga.
ReplyDeleteTerima kasih Abam Kie
ReplyDeleteMendalami ilmu agama kena ada guru yang mengajar kita
ReplyDeleteWarisan Petani betul..kena cari guru agama yang benar
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete