Masih dalam fasa hiatus sebenarnya.
Tapi saya rasa nak tulis sedikit perkara yang jadi dekat saya.
Saya masih harap kalian sudi mendoakan abang ketiga saya cepat sembuh.
Sekarang ni saya pula diuji dengan sakit gigi.
Gigi bongsu saya tumbuh melintang atau yang saya baca dekat Facebook orang panggil keadaan gigi bongsu tidur.
Sakit rasanya...berdenyut sampai kepala rasa sakit. Malah tambah sakit sebab kiri kanan gigi saya sakit.
Menangis sebab nak tidur pun susah.
Pergi klinik kerajaan, doktor beritahu kena buat pembedahan kecil untuk buang gigi bongsu tu.
Tapi nak buat tu kena tunggu lama sebab ramai lagi yang nak buat... Appointment saya bulan puasa nanti.
Bayangkan saya cek bulan 2, bulan 4 baru buat pembedahan kecil tu. Dekat 2 bulan saya kena tahan sakit. Pembedahan bulan puasa pula tu.
Saya cari-cari info tentang klinik gigi swasta.. terkejut saya tengok harga..bermula daripada rm500 hinga rm 1000 lebih bergantung kepada tahap kesukaran pembedahan tersebut.
Klinik kerajaan kena bayar rm50 sahaja tapi tulah kena menunggu lama.
Allah.. terperanjat tengok harga.
Mana nak cari duit,saya pun dah lama tak pergi niaga, sebab masalah keluarga.
Terpaksalah makan ubat tahan sakit.
Tunggu sahajalah sampai giliran saya.
Pesan saya kumpul atau simpanlah duit kecemasan sebab tengoklah keadaan saya, terpaksa menahan sakit sebab tak mampu nak pergi rawatan swasta.
Mohon doakan yang baik-baik sahaja untuk saya.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
Semoga beransur pulih sakit giginya.
ReplyDeleteSakit gigi ni memang tak boleh bawa bincang. Allahu. Berdenyut. In sya Allah, nanti lama-lama hilang sakit sementara tunggu tarikh pembedahan.
ReplyDelete