Pagis

Friday, February 21, 2020

Menulis di media sosial

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Dahsyat sungguh zaman sekarang kan?

Zaman semuanya  di hujung jari.

Tersilap tulis, tersalah kongsi, terlalu emosi dalam "post" sesuatu perkara,maka buruk akibatnya.

Terkadang menulis dalam keadaan marah,keadaan emosi tidak stabil, maka tak dapat berfikir dengan tenang dan rasional, maka tak sedar perkataan atau post yang dikongsi akan menyebabkan kesan buruk pada diri sendiri.

Tambahan lagi zaman sekarang ramai yang suka menjadi hakim. Suka menulis ikut suka hati tanpa selidik dulu sesuatu perkara.

Menulis untuk tujuan mengutuk atau menghakimi seseorang ini bukan termasuk dalam kategori cyberbully ke?

Image result for zaman fitnah hujung jari
sumber gambar:google images


Entahlah...

Harapnya kita berhati-hati dalam menulis sesuatu perkara di media sosial.

Secara jujurnya saya juga kerap buat kesilapan dengan meluahkan rasa kecewa,rasa marah di media sosial, menulis dengan tujuan nak nampak hebat.

Tetapi hakikatnya tak ada faedah pun untuk saya bila saya buat semua itu.

Moga segala yang saya tulis tidak menjadi satu dosa kepada saya bila saya mati nanti.

Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.

Insya-Allah...

amin.


14 comments:

  1. Betul tu. Kadang2 takut juga terkomen yg blh mengguris hati org lain

    ReplyDelete
  2. i can only read but never dare to comment anything.

    ReplyDelete
  3. saya setuju.. kalau dulu lidah lagi tajam dari mata pisau, sekarang ni jari mampu membunuh hati manusia.. semoga kita dijauhkan dari perkara-perkara yang memudaratkan..

    ReplyDelete
  4. Take easy in media sosial, kongsikan yang bermanfaat dan kelakar

    ReplyDelete
  5. kalau tulis yang baik-baik akan mendatangkan kesan yang baik juga

    ReplyDelete
  6. inshaallah ummi tulis yang baike je..jhehehe

    ReplyDelete
  7. Menulis,berkongsi sangat seronok..tapi dalam pada seronok itu kena berhati-hati kerana kalau boleh seronok dunia..lebih seronok di akhirat..bukan seronok dunia sengsara di akhirat akibat apa yang kita tulis atau kongsikan.

    ReplyDelete
  8. Kawal diri, cuba kita usahakan agar tak terjebak ya dengan fitnah di hujung jari..

    ReplyDelete
  9. SEBAB ITU SAYA LEBIH KEPADA SILENCE READER. HANYA MEMBACA ...

    ReplyDelete
  10. Betul tu... jangan kita join geng cuberbully dan kaki pembawang penyebar fitnah. Join contest dan giveaway bloggers lagi bagus, support kawan2 ;)

    https://throughmyglasseskacamata.blogspot.com/2020/02/contest-saya-mahu-produk-creative.html

    ReplyDelete
  11. Semoga Kita dijauhkan dari jadi penyebar fitnah

    ReplyDelete
  12. moga kita semua terus menulis yang baik-baik sahaja

    ReplyDelete