Tak semudah itu, bila kita melihat petani yang berjaya dengan hasil kebunnya. Banyak perit getir yang perlu dilalui, semak samun,penat lelah, hujan panas,semuanya harus ditempuhi untuk dapat hasil yang memuaskan.
Tak semudah itu,bila kita lihat seseorang dalam keadaan kecewa dan lemah semangat, hendak kembali semula mendapatkan keyakinan bukan semudah menepuk bahu dan menyuruh bersabar,banyakkan doa...barangkali dia lebih rajin solat,lebih fasih tajwid al-Quran, lebih arif hukum dan sebagainya berbanding kita.
Tak semudah itu juga bila kita mudah menuduh seseorang itu tak bekerja kerana malas.Barangkali sudah beribu-ribu resume yang dihantar,sudah beratus temuduga yang dihadiri. Bukan sedikit cemuhan dan umpatan masyarakat atau saudara-mara mengenai diri dia yang masih tak bekerja.Barangkali dia sedang sakit.Sakit yang sukar dilihat dengan mata kasar.
Tak semudah itu kita melihat seorang ayah atau ibu bangun pagi,menyiapkan anak untuk ke sekolah,kemudian bergegas ke tempat kerja. Bekerja mencari duit untuk membayar bil,belanja isi rumah dan sebagainya.
Tak semudah kita sangka.
sumber gambar:google images |
Kadang kita lupa, zaman berubah, jika dahulu seorang graduan habis sahaja belajar sudah ditawarkan pekerjaan,kini habis sahaja belajar,hutang pendidikan sudah menanti.
Kadang kita lupa atau kita buat-buat tak mengerti.
Hanya kerana kita sudah berjaya menjadi seseorang,bukan sebab untuk kita memandang rendah usaha seseorang.
Tak semudah itu.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
insya-Allah...
amin.
Usaha, doa dan tawakkal
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan kehidupan kita
ya, ia memang tidak semudah itu..semoga dikurnia ketabahn jiwa untuk hadapi segala ujian dariNya.
ReplyDeleteMoga Allah permudahkan urusan kita semua..Amin..
ReplyDeleteYa tak semudah di sangka, bqnyak hutang yang perlu di jelaskan. Sampai masa, kita kembali di liang yang sama. Ada orang nampak senang, tapi kesusahannya nak tidur pun tak lena....
ReplyDeletesetuju, hasil yg kita nampak pada seseorang tu adalah kejayaan terbaik beliau hasil berusaha dan bertawakal kepada Allah Taala :)
ReplyDeleteYang dinilai,,yang disimpulkan..yang disebut-sebut adalah hasilnya sahaja..namun sebalik pada setiap kejayaan..sedikit selesa dan segaris senyuman itu cuma diri dan Allah yang tahu..
ReplyDeletebetul tu.. bukan mudah.. semoga dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeleteWarisan Petani betul setuju =)
ReplyDeletesofieadie insya-Allah..terima kasih =)
ReplyDeleteCuya insya-Allah amin. =)
ReplyDeleteSafirul Amar betul,tak semudah yang kita lihat =)
ReplyDeleteUmi Nazrah betul,setuju =)
ReplyDeletePeRdU cINta tepat dan mendalam kata-kata kak PC =)
ReplyDeleteejulz mudah-mudahan begitu,amin. =)
ReplyDeleteSelamat bersegmen ya
ReplyDeleteEtuza terima kasih =)
ReplyDeletekita x berada 'dlm kasut seseorang'. sbb tu mudah utk kita meluahkan sesuatu...
ReplyDeletedear anies setuju =)
ReplyDelete