Pagis

Friday, October 18, 2019

Salah ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini emosi agak sedikit tak stabil. Sebabnya dengar kata-kata yang negatif dan keterlaluan bagi saya.

Sewaktu membaca tentang tips-tips kewangan,datang seorang hamba Allah ni,dia perasan apa yang saya baca.

Terus terkeluar ayat daripada mulut dia, baca pasal kewangan ni bukan boleh jadi kaya pun. Kalau dah miskin tu tetap akan jadi miskin. Dah memang nasib dan takdir jadi miskin sampai mati lah jadi miskin.Buat apa nak baca pasal kewangan ni. Buang masa sahaja.

Terkedu saya dibuatnya,nak balis balik dah tua. Saya diam sahaja,teruskan membaca sampai habis.

Salah ke kalau saya nak baca pasal kewangan. Kena jadi kaya ke baru boleh belajar pasal hal-hal ni.

Saya memang lah tak ada banyak duit,cuma saya suka baca pasal hal-hal kewangan ni. Salah ke?

Memanglah kalau baca,duit saya tak bertambah,cuma saya seronok dapat membaca. Salah besar ke apa yang saya buat ni.

Hilang mood saya, terus emosi saya jadi tak stabil. Memang dekat dunia ni,yang layak baca pasal hal-hal kewangan ni orang kaya sahaja ke?

14 comments:

  1. Allahuakbar ada juga manusia macam tu yer. Geram pulak rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah saya pun tak sangka ada juga manusia macam ni

      Delete
  2. tak salah membaca..
    just ignore this kind of toxic people.

    ReplyDelete
  3. Spoil mood je kan. Takpa. Hiraukan org negatif mcm tu. Baca utk ilmu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang hilang mood terus,setuju saya baca pun memang nak tambah ilmu :)

      Delete
  4. Mungkin Allah hantar orang ni sebagai ujian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga WP, tapi terasa sedih juga bila kena macam ni.

      Delete
  5. xpe membaca tu boleh menambah knowledge mungkin takde manfaat hari ini mana tahu satu hari nanti berguna. so ignore je la orang macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiara Sapphire baik,setuju. Tapi tulah terasa juga bila kena macam ni.

      Delete
  6. hamba allah tu duit dlm bank dia berkepok2 ke nk sindir org ni?

    ReplyDelete
  7. dear anies entahlah,sedih rasa bila kena macam ni

    ReplyDelete
  8. Kena pandai abadikan manusia MCM ni tarmizi

    ReplyDelete
  9. mamapp abaikan atau abadikan mama?

    ReplyDelete