Hujan semalam tak berhenti dari tengahari hingga ke petang.
Banyak kawasan yang banjir.
Mujur juga tempat saya duduk tak kena banjir.
Sebab dekat dengan laut.
Tapi dekat kawasan bandar khabarnya banjir teruk.
Malah lebih memilukan sebab ada anggota bomba yang lemas.
Difahamkan anggota tersebut lemas sewaktu dalam operasi banjir di sungai putat.
Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Banyak juga kawasan yang terpaksa ditutup.
Tengok dekat Facebook ada yang sampai paras air hingga ke bumbung rumah.
Menakutkan.
Haraplah pihak yang berwajib dan pemimpin akan mengatasi masalah ni.
Jangan sibuk nak jawatan sahaja tapi rakyat atau orang bawah ni tak dipedulikan.
Sekarang ni kalau hujan lebat tak berhenti sahaja maka akan ada risiko banjir.
Moga yang baik-baik sahaja untuk kita semua.
Insya-Allah...
Amin.
Harap2 banjir dah reda
ReplyDeleteWarisan Petani terima kasih.
DeleteHarap sangat kawasan yang mengalami banjir segera susut airnya.
ReplyDeletePeRdU cINta harap lepas ni adalah penambaikkan yang dibuat oleh pihak yang berwajib.
DeleteSepatutnya masa ni bakal2 yb tu masuk kawasan yg terlibat banjir n bagi bantuan. Tunjukkan muka tu...
ReplyDeleteAbam Kie betul tu cikgu.
DeleteAl Fatihah untuk wira bomba tu....
ReplyDeleteuncle gedek Alfatihah.
DeleteBanyakkan bersabar saat dilanda ujian ..doa dan tak putus harap keajaiban kuasa Allah
ReplyDeleteEtuza Insya-Allah cikgu.
Delete