Friday, January 18, 2019

Aktiviti rutin seorang penjaja kecil.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Aktiviti rutin seorang penjaja kecil.

Pagi selepas subuh akan ke tapak niaga untuk menjual. Saya menjual ulam-ulaman, sayur kampung, kerisik,belacan,dan kadangkala buah-buahan.

Selepas itu, selesai berniaga kira-kira dalam pukul 10 atau 11 pagi, saya akan singgah sebentar di warung untuk bersarapan, sekaligus makan tengahari. (brunch=breakfast+lunch).


Kemudian saya akan sampai di rumah dalam pukul 12 atau 12 lebih.

Saya akan berehat sebentar, tidur sekejap sebelum masuk waktu Zohor.

Selepas itu,selesai buat apa yang patut,saya akan mula mesin kelapa...untuk dijadikan kerisik.

Sehari dalam 20-30 biji kelapa yang saya larat nak mesin.

Selalunya dalam pukul 2 petang,saya akan mula mesin kelapa dan akan habis kira-kira dalam pukul 5 petang.

Kemudian, saya akan berehat sebentar. Selepas itu, saya akan mula mencari barang niaga untuk esok. Kebiasannya saya akan pergi ke rumah jiran-jiran di kampung. Saya akan mencari seperti nangka sayur, mangga, daun pisang,pisang, serai, dan apa yang dirasakan boleh dijual dan yang dibenarkan di tapak tempat saya berjaja.

Selalunya, sebelum atau nak dekat Maghrib saya akan pulang semula ke rumah.

Selepas itu, saya berehat sebentar dan makan malam.

Selepas Isya', saya akan mula menggoreng kelapa yang dimesin petang tadi untuk dijadikan kerisik.

Selesai menggoreng dalam pukul 11 atau 11 lebih, saya akan mula bersiap untuk tidur. Sebelum tidur,saya akan cuba selesaikan apa yang patut untuk mula berjaja esok hari.

Saya akan cuba berusaha untuk bangun seawal 4.30 pagi.Tujuannya supaya saya dapat mesin kelapa untuk dijadikan kelapa parut. Jika lewat sedikit bangun maka tak sempat pula.

Begitulah rutin hidup saya setakat ini.

Doakan saya murah rezeki ya.

Saya juga mendoakan semua yang membaca post ini dimurahkan rezeki.

Insya-Allah...

amin.

18 comments:

Etuza said...

Asalam Tarmizi..kuatkan usaha pasti akan berjaya

Abam Kie said...

In shaa Allah, rezeki dari Allah itu sentiasa ada n terbuka kpd kita semua.

Warisan Petani said...

Mudah2an lumayan rezekinya.

Dunia Zumal said...

Semoga dimurahkan rezeki selalu dan jangan putus asa dalam segala yang diusahakan

Sofie Adie said...

Alhamdulillah...rindu zaman macam ni dulu2...semoga sentiasa dimurahkan rezeki semuanya.

mamapp said...

Berniaga itu 9/10 punca rezrki. Insta Allah mama.doakan semoga terus sukses ye

pokcikblogger said...

Semoga sentiasa dimurahkan rezeki.. In Sha Allah

dear anies said...

yg susah itu lazimnya lbh byk keberkatan drpd yg murah dan melimpah ruah... insya allah moga segala usaha akan dipermudahkanNya

ejulz said...

semoga dimurahkan rezeki..

At-Tarmizi said...

Etuza Etuza wasalam cikgu,terima kasih ya =)

At-Tarmizi said...

Abam Kie betul cikgu,setuju =)

At-Tarmizi said...

Warisan Petani terima kasih,insya-Allah..amin =)

At-Tarmizi said...

Dunia Zumal baik,terima kasih ya =)

At-Tarmizi said...

sofie adie terima kasih,insya-Allah..amin =)

At-Tarmizi said...

mamapp terima kasih,insya-Allah amin =)

At-Tarmizi said...

mizi jusoh terima kasih,insya-Allah amin =)

At-Tarmizi said...

dear anies setuju,tapi tulah,kadang rasa tak larat juga nak teruskan =)

At-Tarmizi said...

ejulz terima kasih,insya-Allah amin =)

Post a Comment