Pagis

Friday, April 5, 2013

Maafkan aku Man...moga-moga kau dapat baca "post" ini sama ada aku masih hidup atau telah meninggal...amin

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihi


Mohon maaf kepada kau man~Noor Aiman bin Abdul Rahman kerana:

-gagal menjadi sahabat yang baik..cemburu tengok kau man...ada ciri kepimpinan..sentiasa dapat "join"aktiviti...dari sekolah menengah..tingkatan enam aku kenal kau..kau jadi presiden PPU..sampai universiti kau dapat "join"macam-macam aktiviti

-sentiasa lebih tabah.......kau dapat kekal bila kerja kilang,kau dapat jadi cikgu ganti...kau pointer semakin naik dekat univerisiti..aku sentiasa turun..cuma sekarang saat "post"ini ditulis..aku sedang berusaha untuk kekal "pointer"3.00..amin.........

-hati ini penuh dengan cemburu...kau pandai masak...cemburu aku sampai aku sanggup pergi makan sendiri  dekat warung 2000....


Oh ya...yang paling penting..maafkan aku kerana membaca transkrip keputusan pointer Salizah dan Erma Haryati..yang kau pegang...sebab aku suka dua perempuan ini..cuma Salizah sahaja tahu..Erma Haryati,aku tak beritahu..malu..minta maaf kepada mereka bagi pihak aku ya..

Maafkan aku man..harap-harap "post"ini dapat dibaca kau sekurang-kurangnya selepas aku meninggal dunia...maafkan aku banyak-banyak...


Terima kasih man kerana

-sudi jadi kawan aku sejak dari tingkatan enam rendah sampai.........(yang ini aku serah kepada Allah)

-sudi masak untuk aku...masa belajar dekat universiti...masa duduk rumah sewa.

-sudi bagi aku tumpang motor..





-sudi ajar aku tentang subjek yang aku tak faham

-sudi datang kenduri arwah bapak aku..masa aku menangis kau ada..masa kena angkat tong gas..kau yang tolong.....

-sudi teman aku pergi balai polis hantar "questionnaire" untuk PTA aku...

-banyak lagi.........tapi yang paling aku berterima kasih kerana...


SUDI JADI KAWAN AHMAD TARMIZI BIN MOHKTAR.......

P:S-Sepatutnya blog ini pada bulan April,aku nak letak tentang "post" nasihat dan tips yang aku dapat dari guru,ustaz,pensyarah,kawan macam kau Man,tapi aku rasa biarlah aku buat "post"MOHON MAAF" kerana telah membaca transkrip Sallizah dan Erma Haryati...aku rasa sampai mati pun aku tak mampu nak cakap depan-depan dengan kau tentang perkara ini..jadi "MAAFKAN AKU"

"Ya Allah,semoga Noor Aiman Bin Abdul Rahman dapat membaca post ini"amin.

0 comments:

Post a Comment