Pagis

Wednesday, August 29, 2012

Tarmizi-Tarmizi


Cuba tengok dan fikir balik tarmizi....

Mana dapat duit keluarga aku nie? bapak dah meninggal...

Mak yang sambung tugas- jadi bilal,kemas surau,pegawai syarak,pergi ikut angah berniaga kat pasar borong, amik anak angkat sebab nanti pak bilal bagi duit untuk setiap anak angkat yanng diambil,join aktiviti itu-ini-jadi ahli koperasi,fama peladang,ibu tunggal untuk dapat duit.

Aku?

Nak hantar aku masuk u-keluar duit tabung haji,batalkan sebab dah takde duit lagi,keluar duit simpanan. Masuk akaun aku pakai duit perkeso-300 sebulan bagi kat aku.

Tarmizi-tarmizi- mak kau penerima jabatan kebajikan masyarakatlah...
 Kau tak ingat ke tempat tu? ada makcik cina kena marah dengan pegawai semasa urusan nak dapat duit-kau sedih tengok keadaan tu tapi kau pun ada kat situ teman mak kau....

Tarmizi-tarmizi...
Cemburu tak bawa kau kemana-mana... dendam pun tak bawak kau ke mana-mana, rasa diri hebat sangat,pandai sangat pun tak bawak kau ke mana-mana, panas baran sampai gaduh dengan kawan pun tak bawak kau ke mana-mana-syukur kepada Allah ...kawan kau masa bapak kau meninggal datang tengok kau,lepas tu masih lagi jadi kawn-walaupun tak rapat macam dulu- ABU.


Tarmizi-tarmizi...

Cemburu dengan kawan kau Aiman pun tak bawak kau pergi mana-mana. Salah siapa kalau terlalu bergantung dengan Aiman?-salah kau. Kau dari sekolah rendah pun bergantung dekat Malik,Abu dan Badrul Hisham- masa sekolah menengah untuk buat kerja kemahiran hidup.

Balik mengejut masa study week sebab cemburu tengok hubungan Aiman dengan Pian pun lebih rosakkan diri kau.-Duit yang kau  balik ke kampung-duit mak kau dapat nak simpan pergi haji.habis bagi dekat kau. Ada baiknya-kau dapat rasa naik tren,dapat tengok kuala lumpur-sakit fikir cara orang kuala lumpur belanja kos hidup-tak mahal ke?- Ini aku fikir-kalau salah maaf.

Tarmizi-tarmizi...

Jagalah barang dengan baik. Bukan terlalu sayangkan barang sebab ianya akan hilang dan pecah-tapi Jaga.Jaga.Jaga. -Macam nyawa-akan kena tarik balik tapi kena jaga juga-makan sihat,hidup sihat.agama sihat.rohani sihat.Mudah-mudahan selamat.Semoga diperkenankan.

Fikir balik tarmizi...tarmizi fikir balik...

Kau malu dulu kerja jaga,tapi lepas tu baru dapat tahu kawan kau Aminur dan Zul pernah kerja jaga...kerja Tarmizi,kerja halal...kawan kau yang bagi nasihat untuk cari kerja lain semasa kau jadi jaga sayang kau-nak kau kerja lagi elok...kau baru faham sekarang.Syukur kepada Allah. faham juga akhirnya daripada tidak faham langung atau buat-buat tak faham.

Tarmizi..tarmizi...

Berapa lama kau simpan dendam-kawan sekelas kau Sufian Rosli-sebab selalu kutuk kau.Tapi akhirnya baru kau tahu-dia tak kenal pun kau-salah siapa?salah kau tarmizi sebab kau semasa tingkatan 5 tak berkawan. Ada betulnya-kawan dengan kawan yang nak berkawan.Biar sikit tapi berkualiti. Kita jatuh sakit.Berapa ramai yang datang melawat?nak menolong? berbanding kawan yang suka kita bila kita belanja makan?-syukur kepada Allah...kau kawan.kawan yang nak kawan kau....

Tarmizi..tarmizi...

Perjalan hidup kamu yang mentah-baru 22 tahun hidup-baru setahun keluar rumah-baru belajar buat sendiri-susah tapi harus tabah-doa Tarmizi-doa. Perkara penting-ikut,pakai nasihat dalam cerita anak,bapa dan kuda... anak naik kuda-anak derhaka bagi bapak jalan kaki. bapak naik kuda-bapak zalim dekat anak-seronok dekat bapak seksa dekat anak, anak dan bapak naik kuda?-zalim dekat binatang-akhirnya pikul- siapa zalim sekarang?anak dan bapak sebab aniaya diri sendiri...siapa yang tidak guna kognitif dengan sewajarnya?-anak dan bapak..tergelak agaknya kuda.

Puas hati diri sendiri,bukan sombong diri,tapi jangan zalim diri sendiri. Tarmizi-tarmizi.

INGAT TARMIZI-KAMU TULIS INI UNTUK KAMU-UNTUK GENERASI SELEPAS KAMU-BACA TARMIZI BACA BILA KAU LUPA DIRI-KALAU KAU DAH INGAT BALIK NANTI NAK BACA INI-PERKARA BAIK ADA TARMIZI-LAWAN PERKARA BAIK PUN HARUS ADA TARMIZI-BAIK KITA BUAT KAWAN-BUAT PEGANGAN.BURUK KITA LUPAKAN-KITA KAN INSAN-JADI SENANG LUPA. KALAU SALAH DAN KITA TAHU MANA BETUL-TUNJUKKAN...KALAU KITA TAK TAHU-BELAJAR-BELAJAR...SAMA-SAMA TAHU.MUDAH-MUDAHAN MUDAH. SEMOGA DIPERKENAN.....ALLAH.

0 comments:

Post a Comment